Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

April 06, 2009

HANYA MELAYU YANG FIKIRAN LEMAH SOKONG UMNO

Berikut kajian tentang pola pemikiran pengundi berdasarkan pelbagai latar belakang dan persekitaran bagi salah satu daerah mengundi dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Masyaallah! Petunjuk yang jelas!

* 81% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM pun.
* Hanya 19% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya lulus SPM ke atas.
* Hanya 2% ketua keluarga pengundi UMNO mendapat pendidikan di universiti.

* 93% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya lulus SPM dan lebih tinggi.
* Hanya 7% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM.
* 40% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya mendapat pendidikan di universiti.

Kita mudahkan lagi:

* Universiti : UMNO 2% - PAS 40%
* STPM/Diploma : UMNO 10% - PAS 31%
* SPM : UMNO 7% - PAS 22%
* SRP/LCE : UMNO 18% - PAS 5%
* Sekolah rendah / sekolah atap : UMNO 57% - PAS 2%
* Tak pernah bersekolah : UMNO 6% - PAS tiada

Kesimpulannya, kita berhadapan dengan masalah kualiti daya intelek pengundi Melayu. Orang Melayu yang sukar memahami isu di persekitaran kita ialah golongan yang rendah tahap pendidikan. Majoriti Melayu berpendidikan sederhana dan tinggi telah pun menyertai pendirian politik Pakatan Rakyat.

Oleh itu, pendekatan yang sesuai dengan rendah upaya fikir majoriti Melayu UMNO itu mesti dikaji. Di samping itu, PAS dan PKR perlu memangkin pembudayaan intelek dalam masyarakat kampung Melayu. Kalau pengundi Melayu rajin membaca dan berilmu, mereka pasti meninggalkan UMNO kecuali segelintir yang selesa mengambil kesempatan daripada kebodohan bangsa sendiri.

Maka betullah dakwaan yang menyatakan bahawa UMNO adalah parti yang memartabatkan perbuatan rasuah dan penipuan. Rupanya amat senang bagi pemimpin umno menipu penyokong mereka kerana ahli dan penyokong umno termasuk para blogger pro-UMNO terdiri daripada mereka yang lemah fikiran tetapi bernafsu besar!!

Fikir-fikirkanlah...