Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

July 30, 2010

Pendakwaan Liong Sik Buktikan Kewujudan Penyelewengan Kalangan Pemimpin BN

Pendakwaan Tun Dr Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA merangkap menteri kanan di zaman pemerintahan Mahathir membuktikan bahawa dakwaan Pakatan selama ini berhubung wujudnya penyelewengan dalam skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) adalah benar. Ini sekaligus mengesahkan bahawa desakan Pakatan Rakyat yang mahu kes PKFZ ini dibongkar selama ini adalah benar dan memang wujud penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan BN. Liong Sik yang juga mantan Menteri Pengangkutan bertanggungjawab bagi mempengaruhi keputusan Kerajaan bagi pembelian tanah seluas 999.5 ekar bernilai RM1,088,456,000.00 di Pulau Indah.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yakin bahawa ramai lagi pihak yang terlibat dalam penyelewengan ini dan Liong Sik hanyalah kambing hitam bagi menunjukan lakonan 'kejujuran' Kerajaan BN hari ini bagi menutup kes PKFZ.

PAS juga curiga dengan kenyataan Menteri Pengangkutan yang baru, Datuk Seri Kong Cho Ha yang mengatakan bahawa siasatan ke atas skandal PKFZ adalah “mencukupi” dan tidak perlu bagi isu itu disemak semula. Malah kenyataan Cho Ha yang membenarkan pembayaran semula bon bernilai RM228 juta juga bercanggah dengan keadaan semasa dimana kes penyelewengan PKFZ masih dalam perbicaraan mahkamah.

Di samping itu kerajaan akan melakukan kesilapan kedua jika melunaskan bayaran bon itu kerana syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang merupakan kontraktor utama PKFZ, yang mengeluarkan bon tersebut telah dheret ke mahkamah oleh Pihak Berkuasa Zon Bebas (PKA) kerana membuat tuntutan berlebihan dan tidak menyiapkan kerja mereka seperti yang dijanjikan.

Kegagalan KDSB yang dimiliki oleh jutawan Datuk Tiong King Sing yang juga ahli parlimen BN menambahkan lagi kekusutan skandal PKFZ kerana sekaligus ia menyambung siri penyelewengan ke atas projek berkenaan. Ini menunjukan PKFZ merupakan sebuah projek khas bagi menyara pemimpin BN dan kroni mereka bermula dengan menipu untuk membeli tapak, kemudian menipu dalam proses perancangan dan penyediaan pelan serta menipu dalam proses pembinaan.

Bayangkanlah kerugian besar wang rakyat dalam projek ini yang pada asalnya dilaporkan hanya berjumlah RM RM1.957 bilion tetapi akhirnya didakwa meningkat kepada RM4.947 bilion, lebih dari dua kali ganda.

PAS mengesa agar kes ini terus dibuka untuk siasatan dan kerajaan tidak perlu membuat apa-apa bayaran lagi kepada mana-mana pihak yang terlibat selagi kes ini tidak diselesaikan di Mahkamah. Kes ini baru bermula dan Menteri Pengangkutan yang baru tidak berhak untuk menutup kes ini begitu sahaja melainkan jika beliau juga mempunyai kepentingan atau mahu menyelamatkan maruah BN.


PAS berharap rakyat membuka mata kerana pemimpin BN akan terus melakukan penipuan sebegini. Apa sahaja projek mega yang diumumkan mereka pasti ada ketirisan wang rakyat.

PAS juga berharap rakyat membuka mata kerana kes yang sama tidak mustahil akan berlaku termasuklah dalam kes pembangunan semula kampung Baru, Kuala Lumpur yang diwar-warkan kerajaan akhir-akhir ini.

Kerajaan sudah mengumumkan mahu membeli tanah-tanah penduduk dengan harga yang sangat murah sekitar RM 250-RM 300 sekaki persegi. Tetapi selepas itu mahu mengeluarkan bon projek bernilai tinggi yang kemudiannya projek itu akan dibangunkan oleh kroni mereka di dalam GABEM (Biro Ekonomi Umno) dan seterusnya disewa gadaikan kepada pihak ketiga dengan harga lebih 3 kali ganda dari nilai yang dibayar kepada penduduk.

Sebelum satu lagi fail skandal dibuka, PAS mengingatkan rakyat supaya menukar Kerajaan dalam Pilihanraya akan datang demi kebaikan mereka dan menyelamatkan wang negara.


Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

July 28, 2010

Mahu berbaik, tapi masih berbalah!


Mana mungkin boleh berbaik PAS dengan Umno, kerana banyak perkara yang Umno/kerajaan BN buat terhadap PAS/kerajaan PAS dan orang PAS yang bercanggah dengan hasrat berbaik-baik, antaranya mendiskriminasikan kerajaaan negeri Pakatan Rakyat. Sehingga sampai satu peringkat, menggunakan pelbagai agensi ...di bawah kerajaan pusat untuk mengenakan tekanan dan menyekat beberapa kemudahan serta menggagalkan rancangan kerajaan negeri. Pengalaman sebegini cukup dirasai dan secara berterusan dialami oleh PAS di Kelantan sepanjang 20 tahun mentadbir negeri.

Kes diskriminasi:

Di antara kes-kes diskriminasi tersebut ialah:

1.Melarang sekolah di bawah kerajaan pusat daripada menyertai sebarang kejohanan dan pertandingan anjuran kerjaaan negeri. Perkembangan terbaru antaranya tidak membenarkan sekolah-sekolah menengah menyertai peseta wau antarabangsa anjuran Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Datuk Takiyuddin Hasaan yang diadakan di Pantai Irama Bachok pada pertengahan Julai 2010.


2.Membatalkan kebenaran pihak Sekolah Menengah Chung Hwa Kota Bharu kepada kerjaaan negeri Kelantan untuk menggunakan gelanggang bola keranjang semasa pengajuran Kejohanan Bola Tampar peringkat negeri di bawah kelolaan ahli exco Abdul Fattah Mahmood.


3.Menubuh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang disifatkan sebagai kerajaan dalam kerajaan didapati telah merampas hak kerajaan negeri Kelantan dari segi menerima agihan wang pembangunan yang dipertuntukkan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) sejak daripada RMK6 sampailah sekarang memasuki RMK10.


4.Lanjutan penubuhan JPP di Kelantan, terbaru pula (pada bulan Mei lalu) ialah satu lagi agensi di bawah telunjuk pemimpin Umno telah ditubuhkan semula, iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP). Langkah tersebut merupakan kelangsungan daripada pewujudan jawatan Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) bagi mengantikan Penghulu Mukim selepas Umno kalah di Kelantan tahun 1990. JKKP adalah sebenarnya agen Umno yang berselindung di balik tabir JPP yang berperanan untuk menjadi mata telinga dan pengawas serta sekaligus sebagai agensi kerajaan pusat yang erat dengan pemimpin dan cawangan Umno peringkat akar umbi. Secara tersirat ia adalah wadah bagi pemimpin Umno untuk demand sesuatu demi survival cawangan Umno yang rata-rata hampir ranap di Kelantan.


5.Menyalurkan pelbagai projek pembangunan kepada rakyat, tetapi diagihkan mengikut selera politik Umno. Sehingga ramai kalangan rakyat yang bukan menyokong Barisan Nasional telah dinafikan hak menerima agihan tersebut. Misalnya, baja padi subsidi telah dicap dengan lambang dacing kemudian diagih-agihkan kepada ahli Persatuan Peladang yang merupakan penyokong Umno. Semasa bancian, semua ahli persatuan dinamakan sebagai penerima, tetapi apabila pihak PPM menyaring nama-nama penerima dan mereka yang bukan penyokong Umno dinafikan. Ia berbeza dengan pendekatan kerajaan negeri Kelantan yang menyediakan baja padi berharga RM3 yang diagihkan kepada semua petani asalkan membayar pada harga ditetapkan.


6.Melengah-lengahkan penyaluran geran kewangan tahunan yang sepatutnya dibayar dua kali setahun, tetapi dilewatkan pembayaran dan dibayar secara sekaligus pada penghujung tahun. Amalan ini berlaku sampai sekarang, terutama dari segi penyaluran geran tahunan kepada majlis-majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT). Cara melengah-lengahkan pembayaran itu juga berlaku ke atas pemberian geran wajib yang kepada Kumpulan Wang Rezab Negeri seperti mana termaktub di dalam Perkara 109 dan Perkara 110, Perlembagaan Persekutuan: geran perkapita penduduk, geran penyelenggaraan jalan negeri dan geran pembangunan.


7.Mempolitikkan bantuan pelajar miskin apabila Kementerian Pendidikan melalui sekolah-sekolahnya dipaksa oleh kepimpinan Umno supaya melaksanakan agihan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada pelajar yang terpilih mengikut senarai Umno. Di samping itu, borang permohonannya pula hendaklah disahkan oleh PPM. Sekiranya ada pelajar yang ibu bapa mereka bukan penyokong Umno, maka ibu bapa tersebut dikehendaki bersumpah di hadapan PPM untuk menyokong Umno di dalam pilihan raya. Sementara perkembangan terbaru pula, satu lagi bantuan pelajaran untuk pelajar sekolah rendah dan menengah atas nama ‘wang ehsan’ turut disalurkan. Cara penyalurannya juga sama dengan KWAPM. Apa yang jelas setiap majlis penyampaiannya bantuan itu akan dimulakan dengan kempen politik Umno oleh ketua bahagian atau mana-mana menteri yang kebetulan hadir. Sudah tentu, kempen itu dipenuhi dengan sindiran dan fitnah terhadap pemimpin dan penyokong PAS serta kerajaan negeri pimpinan.


8.Paling besar sikap berbalah Umno terhadap umat Islam dan seluruh rakyat Kelantan ialah tidak membayar wang royalti petroleum kepada kerajaan negeri. Semenjak perjanjian dibuat antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan tahun 1975, wang royalti tidak pernah berbayar. Ia adalah di bawah kerajaan pusat yang dikawal oleh Umno. Justeru Presiden Umno selaku Perdana Menteri telah mengumumkan secara rasmi (kenyataan yang dianggap salah) di parlimen pada 4 November 2009 bahawa Kelantan tiada hak menerima wang royalti itu. Pihak kerajaan negeri Kelantan pula telah mengutus surat secara rasmi mohon wang royalti itu dibayar. Sehingga kini surat itu tidak dijawab. Malah beberapa pemimpin Umno Kelantan menafikan langsung hak rakyat Kelantan ke atas hasil petroleum di perut bumi perairan Kelantan. Apa yang jelas telaga minyak sudah dikeluarkan hasil, jutaan ringgit sudah dikaut, wang royalti tidak dibayar, tiba-tiba kerajaan pusat akan bayar wang ehsan sebanyak RM40 juta.


9.Sikap menganaktiri Kelantan adalah cara Umno berkeluarga dengan rakyat Kelantan. Saban hari mereka berjanji untuk membantu rakyat dan setiap kali pilihan raya pula mereka ulangi janji-janji yang tertunggak, malah janji baru terluah sampai berbuih mulut. Hasilnya tidak kurang tujuh projek besar tergendala kerana salah urus dan tertangguh kerana mainan politik adu-domba sesama pemimpin Umno. Antara projek-projek itu ialah belum buat apa-apa lagi lebuh raya Gua Musang-Kuala Krai, siap separuh jalan jalan Simpang Pulai-Gua Musang dan Gua Musang-Kuala Berang, Universiti Malaysia Kelantan belum muncul janji di Bachok dan Jeli tetapi yang beroperasi dalam terbatuk-batuk di Pengkalan Chepa, pelebaran lapangan terbang Sultan Ismail Petra, pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra, 20 buah sekolah seluruh Kelantan dan pembinaan Projek Terminal Makanan Negara (TEMAM) di Tunjong.


10.Siaran televisyen dan akhbar perdana milik kerajaan Umno-Barisan Nasional sering kali membuat liputan berita yang berat sebelah, berbau fitnah dan provaktif. Di samping sengaja melakonkan sesuatu peristiwa (seperti isu bekalan air, kedaifan hidup rakyat dan kemudahan asas rakyat yang terabai) yang kononnya rakyat tidak dipedulikan dan segala kemudahan rakyat tidak dilayan dengan baik.


11.Paling mendukacitakan lagi, pihak berkuasa Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan pernah melarang guru-guru daripada memakai kopiah semasa bertugas. Ia dikatakan berpunca daripada desakan pemimpin Umno yang kononnya tidak mahu melihat guru berkopiah di sekolah-sekolah kerana ia menyamai dengan budaya berkopiah kalangan pemimpin PAS. Rentetan larangan itu, seterusnya semua sekolah agama-Arab telah disekat bantuan pelajaran, dan mengenakan syarat mesti mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan barulah bantuan disalurkan.


12.Masih segar dalam ingatan, lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib ke Kelantan telah tidak mahu bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Ia terbukti apabila pihak Red Carpet yang mengurus Kelantan Fiesta telah menolak kehadiran Menteri Besar di dalam majlis perasmiannya yang menyaksikan kegagalan majlis tersebut. Tindakan itu dilihat sebagai manifestasi sikap berbalah bukannya mahu berbaik-baik.


13.Sementara yang terbaru, kehadiran lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin ke jajahan Jeli dan Tanah Merah yang kononnya mahu berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan sebagai respon kepada kesediaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjumpa beliau sehari sebelum lawatan berlangsung. Namun, respon itu dilihat berlaku secara spontan adalah suatu keadaan terdesak kerana tidak hubungan rasmi antara pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan Menteri Besar. Katanya ia sekadar diuruskan melalui pihak ketiga yang memang tidak sesuai dan di luar nilai berbaik-baik.

Bercanggah dengan sunah Nabi

Sehubungan itu, kesemua sikap ingin berbaik dari pihak Umno itu adalah tersirat keadaan di mana pada masa sama terjemla sikap berbalah dengan PAS. Maka ia merupakan sandiwara pemimpin Umno yang kononnya cintakan perpaduan. Sekaligus ia adalah bercanggah dengan teori perpaduan sejagat yang mengkehendaki persefahaman dan penyatuan sikap serta tujuan sebagai teras ke arah termeterai perpaduan sejati. Sebagaimana sunah nabi Muhammad taktkala berhijrah dari Mekah ke Madinah, lalu dianjurkan perpaduan umah antara golongan Mekah dengan golongan Madinah. Bukti perpaduan adalah menerima Nabi Muhammad selaku pemimpin dan termeterai Piagam Madinah yang menyatukan kesemuanya di atas landasan Islam. Maka, sikap diskriminasi pemimpin Umno ke atas PAS dan Pakatan Rakyat masa kini adalah bercanggah dengan sunah Nabi Muhammad SAW.

Paling lekeh untuk dilihat sebagai praktik kepada teori perpaduan ialah realiti kerjasama kerajaan campuran PAS-Perikatan tahun 1971-1974 di Kelantan. Perpaduan itu terjadi atas dorongan dan nilai political will antara pemimpin PAS dan Umno yang mahu mengukuhkan ikatan umat Islam ketika berdepan dengan kesan rusuhan kaum13 Mei 1969. Maka, teori dan praktik perpaduan itu tidak terbayang di dalam suasana ajakan perpaduan PAS-Umno pada hari ini. Tiada asas komitmen pemimpin Umno untuk meninggalkan dasar sekular dan pragmatis ke arah menerima dasar Islam. Sedangkan kesediaan menerima Islam telah diungkap sejak sekian lama olerh PAS kerana PAS memperjuankan Islam. Justeru teori perpaduan sahaja yang wujud tetapi praktik perpaduan sebenarnya tidak timbul di dalam parti Umno.

Persoalan untuk umat Islam

Renungi dan fahami beberapa persoalan untuk umat Islam. Apakah mungkin bagi Umno, ia berteori kemudian mempraktikkan teori perpaduan itu dengan cara keikhlasan sejati? Bagaimanakah pula rupanya perpaduan yang berkonsepkan keikhlasan sejati? Secara mudah mungkin boleh diterima idea seorang blogger (kalam perantau), yang mencadangkan langkah rasional ke arah berbaik-baik antara PAS dengan Umno ialah dengan memulakan kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Kerjasama kerajaan itu boleh berlaku kalangan top level dalam kerajaan dan tidak semestinya melibatkan PerdanaMenteri dengan Menteri Besar ataukah padan sekadar Datuk Seri Utama Dr. Rais dengan ahli exco kerajaan negeri, Dr. Mohamed Fadli. Pendekatan perpaduan kerajaan-kerajaan itu sudah tentu akan dapat meredakan banyak permasalahan berbangkit selama ini. Sanggupkah pemimpin Umno?

Apa pun, perpaduan sejati hanya boleh dicapai setelah penghayatan dan daya istiqamah tertinggi kalangan pemimpin, iaitu berpaksikan prinsip perpaduan Islam yang telah dibuktikan oleh Nabi Muhammad SAW. Saya yakin, pemimpin Umno belum bersedia untuk mengikut sunah Nabi Muhammad SAW!

Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Guru Dibenar Berpolitik Jangan Untuk Guru Umno Sahaja

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyambut baik pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bermula 1 Ogos 2010

PAS mengharapkan tidak ada pilih kasih ketika kebenaran diberi samada mereka hendak aktif pembangkang atau kerajaan, kerana kuasa muktamad kebenaran ini terletak kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. Sekiranya ada unsur pilih kasih maka kebenaran ini tidak ada apa-apa makna untuk penyuburan demokrasi di negara ini.

Sepatutnya perkara ini sudah dibenarkan dahulu lagi sesuai dengan hak kebebasan rakyat yang dijamin dalam perlembagaan. Ini kerana sejarah telah menunjukkan bahawa guru-guru adalah mereka yang berjaya mencetuskan semangat memperjuangkan kemerdekaan pada peringkat awal. Pelajar yang pulang daripada Timur Tengah yang dipimpin oleh Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin adalah antara penggerak utama untuk meniupkan kesedaran berpolitik di kalangan orang Melayu pada ketika itu. Mereka membuka sekolah di Melaka dan juga di Pulau Pinang sebagai tapak meyebarkan fikrah perjuangan mereka. Guru-guru telah memberi sumbangan untuk meniupkan semangat petriotik pada waktu itu samada mereka yang aliran agama, aliran Melayu dan aliran Inggeris. Sejarah tidak melupakan sumbangan daripada tenaga pengajar Mahad Ehya al-Syarif Gunung Semanggul Perak yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar alBaqir yang meniupkan kesedaran politik di negara ini.

PAS yakin guru-guru yang sudah terdidik dengan moral yang tinggi tahu tentang tugas mereka walaupun mereka aktif berpolitik. Mereka sudah diasuh supaya amanah dengan kerjaya mereka.. PAS mengharapkan juga jangan ada pula selepas ini ada guru yang ditukar tempat kerja kerana aktif berpoltik. Guru-guru ini boleh diambil tindakan bukan kerana terlibat dalam aktiviti PAS atau pembangkang, tetapi bertindaklah kalau guru tersebut mengabaikan tugas seperti ponteng kelas dan tidak menjalankan tugas akademik.

PAS yakin guru-guru PAS dan aktivis PAS adalah orang yang amanah dengan kerja kerana mereka sudah ditarbiah dengan dosa dan pahala, insyaAllah tanggungjawab mereka di sekolah tidak akan terabai. Selama ini pun prestasi guru-guru PAS teruji dan mendapat pujian daripada pentadbir walaupun setengah guru besar penyokong Umno kerana aktivis PAS tekun tanpa mengira penat lelah dan upah.


Ustaz Idris Hj Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

July 27, 2010

Paying as a Malaysian


U noe your $$ not enough 2 spend as a Malaysian?

Yes, I think they are. What do I get for paying toll everyday?
Now I have to pay an extra RM50 for each credit card. For what?
Extra GST (goods and services tax). Again, how does that benefit me?

Look at the long list:
I have to pay for security guards because the police are hopeless.
I have to install filters because the water supply is dirty.
I have to watch satellite tv because the government broadcasts crap.

Many kids have to go for tuition or to private schools because the government schools are bad.
We have to pay IPPs (independent power providers) because the government cannot provide consistent electricity.

We have to pay Indah Water to clean up the sewers.
We have to pay tax on foreign cars because Mahathir wants to keep his dying local car industry alive. ON top of it APs cost bcoz of his cronies.

Most have to drive because the government cannot provide good public transport.
We have to pay to sustain the government's affirmative action policies.
We have to pay for private health care because the public hospitals are crowded .

All in all, we have to pay a PREMIUM to stay in this country!

1Malaysia Boleh!!!

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.


"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.


Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.


Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.

July 21, 2010

Perpaduan Melayu : Supaya Lupa Isu Negara


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan kepada semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat jangan terpedaya dengan tektik media Umno untuk menenggelamkan isu negara yang bertimbun-timbun sekarang yang mengambarkan kerajaan yang ditunjangi Umno di negara ini semakin rapuh dan reput. Ketika gelombang krisis keyakinan kepada Umno dan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang karam, maka perpaduan Melayu dijadikan sebagai benteng untuk menutup bangkai gajah yang terlalu besar. Slogan 1 Malaysia nampak tidak menjadi dengan gelagat Perkasa dan kenyataan Datuk Nasir Safar.

PAS menyedari ini adalah sebahagian daripada tektik media untuk mengalih isu yang sebenar dan melupakan isu pokok yang mencengkam rakyat. Mereka melontarkan isu ini melalui proksi mereka Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantara, untuk menunjukkan bahawa mufti yang mencadangkan perpaduan ini, apabila PAS menolak maka ada peluang untuk menuduh PAS sombong dan angkuh.

Perlu diingat bahawa isu perpaduan Melayu diuar-uarkan ketika rakyat didahulukan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga gula pada 16/7/2010. Pemimpin Umno hendak rakyat leka dan berbincang mengenai isu perpaduan Melayu, yang tidak pernah berbangkit langsung dalam mesyuarat tertinggi PAS. Hajat mereka supaya rakyat tidak marah mengenai kenaikan harga minyak dan gula. Perlu dingatkan bahawa gula, tepung dan minyak akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat kearah untuk menghapuskan subsidi di negara ini dalam masa 3-5 tahun.

PAS hendak mengingatkan kepada rakyat, bagaimana media diarahkan supaya jangan sama sekali meletakkan tajuk berita “harga barang naik”, ketika ditaklimat pada 15 hb Julai 2010. Sebaliknya media perlu meletakkan “subsidi dikurangkan”, “rasionalisasi”, menstrukturkan semula supaya rakyat yang tidak faham dan ada yang faham harga barang turun. Maka tidak hairanlah kepada kita pada hari ini media proksi Umno memainkan isu perpaduan supaya rakyat lupa isu negara yang begitu banyak dan kenaikan harga barang.

PAS hendak memaklumkan kepada semua ahli dan pimpinan PAS supaya fokuskan kerja kita untuk menggantikan Umno di negara ini. Penerangan dan dakwah kepada ahli Umno yang tidak faham perjuangaan PAS perlu dilakukan secara berterusan, usahkan dilayan segala ajakan dan pujuk rayu Umno untuk melamar PAS, kita biarkan cinta Umno tidak berbalas dan biarkan Umno “angau” seorang diri.

Petunjuk ekonomi negara semakin tertekan dengan kadar faedah pinjaman bank dinaikkan. Bank Negara Malaysia pada 8 Julai lalu menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi kali ketiga tahun ini kepada 2.75 peratus. Susulan itu, bank turut menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) masing-masing. Maybank menaikkan BLRnya sebanyak 0.25 peratus kepada 6.30 peratus. Semuanya gara-gara pemimpin negara yang boros dan rasuah sehingga amat dirasai oleh rakyat biasa di negara ini.


Begitu banyak isu-isu negara yang mengambarkan Umno sudah tidak mampu mengemudi negara, antaranya peruntukan saham bumiputera lesap sebanyak RM52 bilion, jenayah meningkat, anak luar nikah Melayu sahaja 17,303 orang (2009), enjin kapal terbang hilang, kapal selam berharga RM1.7 bilion tidak boleh menyelam, hutang negara RM362.4 bilion, serah telaga minyak blok L dan M pada Brunei yang bernilai RM320 bilion (kalau perbelanjaan negeri Kedah RM400 juta, dapat belanja selama 700 tahun), terlepas Pulau Batu Putih pada Singapura, Pos Malaysia rugi RM 227 juta, 217 hektar tanah serah pada Singapura, serah 50 peratus kepada Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), wang Felda susut daripada RM4.08 bilion 2004 hanya tinggal RM1.35 bilion pada tahun 2009, membazir wang rakyat RM77 juta kepada APCO Israel setahun untuk menjadi penasihat komunikasi.


Isu-isu inilah yang perlu disampaikan kepada rakyat, maka jangan kita hiraukan pujukan Umno melalui proksinya, PAS sudah tegas dengan Pakatan Rakyat. PAS tidak akan mencari nahas untuk untuk mencari pasangan hidup dengan orang yang ada masalah kesihatan yang sukar hendak diubat.


Ustaz Idris Haji Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

SAJAK OLEH: DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN


kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara.....
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?
maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..

sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..

tapi kami masih di sini..di teratak ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..

tiada istana lawa..tiada kereta berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang bersalah..
kalian buat untung, hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..

kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

dr maza

July 20, 2010

Ceramah yang terdekat

Sila maklum bahawa program ceramah yang terdekat akan di adakan sebagaimana yang tertera di poster berikut. Minta sampai-sampaikan pada sahabat/saudara-mara/jiran tetangga anda. Kerjasama anda sangat-sangat dihargai.




Pakat Masuk PAS Bukan Bersatu Dengan Umno


Parti Islam Se-Malaysia PAS menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara PAS dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.

PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh. Parti yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai parti yang busuk sampai usus. Sepatutnya Tun kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS. Apakah logik PAS diseru untuk bersatu dengan Umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

Apa perlu PAS diajak bersama dengan Umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada Umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat. PAS memahami tahap sokongan orang-orang Melayu sudah berubah, maka Umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa Melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS parti Melayu. Sebelumnya Umno tidak pernah memandang PAS, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena rujuk Al-Quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa. Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai. Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani tolong lihat dulu keputusan pilihanraya 2008, siapa yang khianat kuasa politik Melayu? PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi Melayu, PAS akan lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS menang, PAS Melayu juga. Mana sifir kuasa Melayu terancam.

Apakah Tan Seri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR. Tapi PAS boleh buktikan banyak tindakan Umno bersama rakan-rakan BN merugikan agama dan bangsa. Tan Seri lupakah yang menutup surau di Seksyen 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan Khir Toyo, lupakah Tan Seri yang halau orang melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah dibawah Umno. Dato Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, al-Marhum Dato Ishak Baharom diburu macam penjenayah kerana hendak menyampaikan ceramah agama ketika Selangor di bawah Umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang?

Hakikat yang berlaku Umno yang serah kerusi majoriti melayu kepada bukan melayu. Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Dr Lo lo' PAS lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman Pas, Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar Pas lawan Dr S Vasan (MIC). Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu bertambah, maka PAS bertanding di kerusi pengundi Melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah. Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Seri Harussani.

PAS menyeru kepada ahli Umno yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara gunakanlah akal yang Allah berikan untuk buat keputusan supaya keluar Umno dan bersama-sama PAS yang sedang bersama membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat. Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

July 17, 2010

Pertumbuhan Ekonomi Meningkat: Minyak, Gula Naik


Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal dengan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen menjadikan harga petrol Ron 95 RM1.85 sen dan gula sebanyak 25 sen jadi RM 1.90 sen. Kenaikan ketika rakyat menghadapi tekanan hidup akibat daripada indeks pengguna makin meningkat.

PAS merasa pelik ketika pengumuman ini dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau dengan rasa bangga menyatakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 10.1 peratus dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik dalam dekad ini . Kemudian mengumumkan pula kenaikan harga petrol dan gula. Apa makna kepada rakyat kalau kononnya pertumbuhan ekonomi sebanyak itu tetapi harga barang naik.

PAS berpandangan kerajaan pada hari ini terlalu dhaif dalam menguruskan ekonomi sehingga terpaksa menaikan harga petrol dan gula. Sepatutnya sebagai kerajaan, ia perlu memikirkan bagaimana hendak menyenangkan rakyat di bawah jagaan mereka, sebaliknya kerajaan hari ini membebankan rakyat. Nampaknya kerajaan BN kontang idea untuk membaiki taraf hidup rakyat, yang mereka fikir naik harga barang dan saman ekor.

Datuk Seri Najib mengumumkan dengan kenaikan harga gula dan petrol kerajaan dapat jimat wang RM24 bilion. Sepatutnya perkara ini dapat ditampung jika kerajaan pada hari ini mengatasi masalah rasuah dan kroni. Laporan audit negara 2008 menyatakan akibat ketirisan negara rugi RM28 bilion dan Ketua Setiausaha Negara menyatakan negara rugi akibat rasuah sebanyak RM10 bilion setahun

PAS merasa bangga dengan kebolehan dan kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah di empat negeri, dimana pemimpinnya siang malam memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat bukan membebankan rakyat. Dengan kemampuan yang minima pendapatan di bawah kerajaan negeri, Pakatan Rakyat mampu mengurus tadbir dengan baik, contohnya Kedah yang terpaksa memikul bebanan hutang dan pembaziran di zaman Umno 52 tahun hampir RM3 bilion, masih mampu urus tadbir dengan baik, begitu juga dengan Kelantan yang berjaya mentadbir selama 20 tahun.

Ketika Kerajaan BN yang hampir lumpuh dari segi kewangan untuk mentadbir negara, tiba-tiba kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencari berbagai idea untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat seperti percuma, tusyen percuma, skim Kifalah, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), manaka BN pula merancang bagaimana hendak naik tarif air, tol dan eletrik.

PAS menyeru kalau kerajaan BN sudah bangkrap idea untuk membantu rakyat, sila serahkan kuasa secara terhormat kepada Pakatan Rakyat untuk kami mentadbir. Biar rakyat boleh banding kemampuan Pakatan Rakyat dengan BN di negara ini.

PAS menyeru semua jentera penerangan PAS sila naikkan kain rentang di pelusuk kampung terutamanya sebagai tanda protes, supaya rakyat mengetahui untuk ajar pemimpin negara ini ialah dengan bahasa undi sahaja. Slogan “Terima kasih kepada kerajaan BN yang menaikkan harga minyak dan gula, “Bahagianya Rakyat Tanpamu BN” hendaklah dinaikkan untuk menanamkan kesedaran sivik dan politik di negara ini.

Ustaz Idris Haji Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

July 14, 2010

Satukan Umno Dulu, Sebelum Ajak PAS

Parti Islam Se-Malaysia PAS terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam agenda perjuangan politiknya di Malaysia. Penegasan ini telah dikukuhkan lagi untuk kali terakhir di Reatreat Pimpinan Tertinggi PAS di Port Dickson pada 9-11/Julai 2010. PAS merasa selesa untuk melaksanakan agenda perjuangannya bersama dengan Pakatan Rakyat di negara ini, dan sudah terbukti di Selangor dan Pulau Pinang walaupun bukan PAS yang mengetuai kedua-dua negeri tersebut.

Program menyemarakkan kefahaman Islam lebih rancak di bawah pemerintahan PR walaupun baru berusia tidak sampai 3 tahun. Pencapaian ini boleh dilihat di masjid-masjid dan surau yang diimarahkan berbanding 51 tahun di bawah Umno memerintah, ini adalah fakta yang boleh diukur dengan mata kasar.

PAS menasihati mereka yang cuba untuk berusaha untuk menyatukan PAS dengan Umno, tolong satukan sesama Umno dulu sebelum menyatukan orang lain.Parti Umno yang berada di dalam keadaan yang bercelaru dan perpecahan sesama sendiri, kerana berebut “kek projek “ yang semakin kecil. Umno sekarang berada di akhir hayat, kerana sudah kehilangan identitit dan krisis nilai di kalangan ahlinya. Perjuangan yang hanya berteraskan kepada benda, bukan ideologi. Mereka yang memimpin Umno semuanya kerana perjuangan perut bukan menegakkan idealisma perjuangan seperti mereka yang terdahulu. Masuk Umno kerana projek dan “mengalibabakan” khazanah negara sehingga perjuangan bangsa tergadai. Sekarang apabila banyak projek sudah tidak ada khususnya di Selangor yang dianggap lubuk emas, maka pemimpin Umno cuba bercakap soal perjuangan bangsa dan perpaduan Melayu untuk menarik kembali sokongan rakyat di negara ini, dan cuba menjadi umpan perpaduan untuk menimbulkan keraguan di kalangan Pakatan Rakyat.

PAS hendak menasihatkan Tan Sri Harussani Zakaria dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya, kononnya mendakwa sebagai tenaga pemikir, sebenarnya penyokong Umno tegar, yang mempunyai kepentingan dunia yang tidak berkesudahan. Mereka hanya berani bercakap kepada perkara yang menguntungkan politik Umno, tetapi membisu ketika kemungkaran dan pengkhianatan Umno kepada agama dan bangsa. Kita tidak dengar suara mereka mengkritik dengan lantang ketika khazanah negara habis disapu dan digadai. Membisu ketika kes Pulau Batu Putih, telaga minyak yang bernilai RM320 bilion terlepas kepada Brunai, 217 hektar tanah KTM di faraid dengan Singapura, tanah rezab Melayu yang ditinggal penjajah selepas merdeka seluas 3 juta hektar yang hanya separuh sahaja lagi yang berstatus rezab Melayu dan banyak lagi isu yang mengguris perasaan orang Melayu Islam di negara ini. Apakah semua ini angkara Pakatan Rakyat?

PAS menasihati mereka ini, hentikanlah menjadi ayam sabung Umno, untuk bersama sama dengan PAS dan serulah rakyat untuk bersama dengan PAS bukannya mengajak PAS bersatu dengan parti yang sudah hendak karam. Habiskanlah sisa umur yang semakin senja untuk berbakti kepada perjuangan Islam yang dipimpin oleh PAS, ketika gerakan massa dari kalangan muda mudi yang tidak bertudung dan bersubang sebelah bersama PAS untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan yang rakus.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Saman Ekor Hendak Wang Atau Cegah Kemalangan?

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merasa kesal, di atas sikap kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak menyenarai hitam pesalah trafik sehingga mereka tidak dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan. Dimaklumkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh PDRM.

PAS merasa kesal ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang dan tekanan hidup, dan indeks pengguna yang bertambah meningkat tiba-tiba pihak polis dan JPJ menyatakan bahawa mereka yang ada saman ekor tidak dibenarkan membaharui cukai jalan. PAS bukan menentang saman kepada mereka yang bersalah, tetapi biarlah dihukum mengikut proses yang betul. Kenapa tidak dibawa kepada pengadilan untuk dibicara.

PAS berpendapat ini adalah satu kezaliman, kerana ada di kalangan mereka tidak tahu menahu berkenaan saman tersebut. Kerana ada yang tersalah saman, sedangkan mereka tidak mengetahui apa yang berlaku. Tindakan saman ekor memang bertujuan untuk mendapat wang, bukan untuk hendak mengurangkan kemalangan jalanraya, ada mereka yang dikenakan saman kerana membawa kereta melebihi 60 kilometer sejam. Logikkah saman ekor di kawasan berkenaan, mana ada kenderaan sekarang yang berjalan 60km/jam di jalan raya.

PAS berpandangan bahawa memang kerajaan kekurangan wang sekarang, setelah GST yang ditangguh pelaksanaan kerana mendapat penentangan yang hebat daripada Pakatan Rakyat. Mungkin kerajaan telah terlepas peluang kerana lesen judi bola yang tidak berani diluluskan kerana ditentang dengan hebat oleh rakyat. Sebab itu tidak hairanlah kepada kita kenapa Datuk Seri Najib menyokong tindakan polis dan JPJ. Maka satu lagi projek 1Malaysia rakyat didahulukan, saman diutamakan.

PAS mengharapkan pihak kerajaan perlu mempertimbangkan semula tindakan ini, kerana ia menyusahkan rakyat dan menzalimi rakyat. PAS menyeru supaya rakyat sedar inilah kerajaan yang ada pada hari ini hanya pandai menanam tebu dibibir konon membela rakyat, tetapi bertindak sebaliknya dan kita mesti bersatu untuk menolak BN dalam PRU 13.

Ustaz Idris Haji Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

July 08, 2010

Najib hendak butakan maklumat rakyat sebelum PRU 13

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa Presiden Umno yang juga Presiden BN, Dato' Seri Najib Tun Razak kini mempergunakan sepenuhnya kuasanya dalam Kerajaan untuk menyekat media-media Pakatan seperti Harakah, Suara KeAdilan dan Roket.

Media rasmi komponen Pakatan ini merupakan sumber maklumat alternatif rakyat khususnya bagi para ahli dan penyokong untuk mengetahui segala kezaliman dan penyalahgunaan kuasa BN dalam kerajaan serta kelemahan pentadbiran BN.

Isu Suara Keadilan menyiarkan berita bertajuk "Felda Bankrap" dimanipulasikan sepenuhnya bagi membuka ruang membunuh media berkenaan. Para peneroka diseru berdemo dan Menteri BN dalam Kementerian Dalam Negeri memberikan seluas-luasnya ruang untuk rakyat menunjukan kemarahan pada Suara Keadilan.

Tidak cukup dengan itu, KDN berusaha untuk mengharamkan media berkenaan. Harakah pun kena juga. Roket sentiasa diperhatikan.

PAS menuntut supaya pihak KDN perlu meletakkan garis panduan yang jelas antara berita yang menjejaskan ketenteraman parti dengan ketenteraman negara. Dua perkara ini berbeza. Sebagai sebuah negara demokrasi sudah tentu ada pembangkang dan kerajaan. Kedua-dua pihak ini perlu diberi peluang untuk memastikan mereka diterima oleh rakyat. Pihak Datuk Seri Najib dan KDN jangan buat pekak terhadap berita-berita yang disiarkan oleh media pro BN sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Ini dapat dilihat bagaimana laporan yang tidak betul dengan menyebut kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan pembangkang. Apakah ini cara pemberitaan yang betul?. Jangan kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak.

Semua ini ada kaitan dengan persiapan BN untuk PRU-13. Apa jua tekanan yang cuba di berikan oleh BN, jentera penerangan Pakatan perlu memperluaskan medium penyebaran maklumat kepada rakyat. Setiap ahli dan penyokong juga diminta untuk terus membantu memberikan kefahaman pada rakyat.

Organisasi media Pakatan tidak akan goyah dengan sebarang ugutan dan ancaman, malah BN akan terus dihantui oleh dosa-dosa mereka yang didedahkan oleh Pakatan. PAS yakin, rakyat akan merubah Kerajaan pada PRU-13.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuduh Pas Sesat, Shafie Afdhal Biadab

Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh Parti Islam Se-Malaysia itu sebagai parti ajaran sesat, sebagai satu kenyataan yang biadab. Beliau yang juga naib presiden Umno, dalam ucapan perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

PAS mencabar beliau atas dakwaan apa beliau membuat kenyataan begitu? Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa. Di dalam Perlembagaan Pas fasal 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Fasal 7 (1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan Pas ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma’ Ulamak dan Qias yang terang dan nyata. Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?

PAS tidak mahulah ajak Shafie menerangkan apa maksud Islam, Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias yang diperjuangkan oleh PAS. Kita tahu kemampuan beliau berhubung kait dengan hal ehwal agama ini. Jadi kalau beliau jahil berkenaan dengan dasar PAS maka jangan membuat tuduhan yang liar terhadap satu juta ahli PAS.

PAS menganggap kenyataan yang biadab daripada seorang naib Presiden Umno yang emosi dan mentah dalam hal ehwal agama sahaja yang sanggup mengeluarkan kenyataan begitu rupa. Parti PAS yang di dokong oleh Tuan Guru dan alim ulama’ macam mana beliau boleh menuduh PAS ajaran sesat.

Satu ketika dahulu PAS pernah dituduh lebih merbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan PAS tidak ada mereka yang menganut fahman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA.

PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS. Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat.

PAS menasiihatkan Shafei sebelum hendak menuduh PAS sebagai ajaran sesat , supaya beliau melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang menghina hukum Allah dan janggut Nabi Muhammad S.A.W.

PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan Solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

July 01, 2010

Ceramah Politik


Makluman...harap dapat sebarkan pada sahabat/jiran/ saudara mara terdekat. Jemput hadir ke program ceramah tersebut.

Himpunan Tak Nak Judi


Walaupun kerajaan Umno, BN mengumumkan baru-baru ini untuk tidak meluluskan lesen judi bola namun himpunan Tak Nak Judi tetap akan dilangsungkan juga pada 3 Julai 2010 ini. Kerana negara ini memang telah sedia ada meluluskan pelbagai lagi lesen judi yang dihalalkan oleh Umno, BN walaupun judi itu tetap haram di sisi Islam.