Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

February 07, 2009

Sembang Warong Lilin

Mengikut kata orang tua-tua, saka ini adalah dari jenis jin @ hantu peliharaan untuk dijadikan makhluk suruhan demi untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu. Hantu ini akan di gunakan untuk menghancurkan musuhnya dengan cara yang halus. Hantu ini akan diarahkan untuk melakukan sesuatu pekerjaan semata-mata untuk memuaskan survival tuannya. Ada juga pemilik hantu ini menggunakan hantu ini bagi tujuan keselamatan diri dan keluarganya. Dalam kepercayaan masyarakat kita, banyak gelaran-gelaran di kurniakan bagi saka @ hantu ini antaranya hantu raya bagi kegunaan kawalan rumah atau keluarga, hantu tetek bagi spesies yang suka menyorokkan orang, pontianak dan sebagainya.

Apa pon, cerita yang hendak dikaitkan ini merupakan spesies saka @ hantu yang mempunyai musim-musim tertentu sahaja. Spesies saka @ hantu ini sangat aktif menjelang perayaan tertentu. Apa yang menarik tentang saka @ hantu ini, ianya banyak terdapat dalam UMNO.

Saka @ hantu ini akan aktif dipergunakan oleh UMNO apabila menjelang pilihanraya. Saka @ hantu ini akan di puja oleh UMNO dan di sajikan dengan wang ringgit serta habuan-habuan tertentu yang lain yang mampu menarik sebilangan saka @ hantu ini keluar dari tanah perkuburan masing-masing. Tidak setakat pilihanraya raya bagi menghadapi golongan yang ingin menegakkan Islam sahaja, malah di yakini UMNO akan menggunakan juga khidmat saka @ hantu ini bagi menghadapi persaingan dalam pemilihan parti mereka. Maka dengan habuan yang cukup lumayan, saka @ hantu ini cukup terbela di bawah UMNO.

Teringat semasa zaman kanak-kanak, tatkala ibu bapa yang ingin mengelakkan anaknya bermain di waktu malam ataupun tempat-tempat yang jauh maka akan di momokkan dengan kengerian dan kehodohan hantu tetek yang akan menyembunyikan orang di bawah teteknya. Maka, anak-anak akan takut untuk keluar rumah. Begitulah juga dengan UMNO ini. Antara lain khidmat saka @ hantu yang akan di gunakan oleh UMNO, apabila ingin mendapatkan kuasa melalui jalan yang tidak beretika, ianya akan menggunakan khidmat hantu tetek yang pakar dalam menyembunyikan orang yang menjadi sasarannya. Heboh satu Malaya akan kehilangan dua orang ADUN yang di sembunyikan oleh hantu tetek yang dipercayai berasal dari negeri Pahang.

Dalam UMNO juga, mereka akan melatih saka @ hantu ini untuk belajar melompat dan terus melompat. Tapi setakat ini, belum ada lagi gelaran yang di kurniakan oleh saka @ hantu spesies ini.

Tidak menjadi kehairanan apabila saka @ hantu ini takut kepada hantu yang lebih kuat. Hantu tersebut berupaya meranapkan impian pemiliknya untuk menduduki singgahsana dalam masa terdekat ini. Hantu ini di percayai oleh UMNO sebagai yang ganas kerana kematiannya juga secara menggerunkan..iaitu hancur badan di letupkan. Maka, hantu dari negara Mongolia ini akan mengamuk menuntut bela. Walaupun di sajikan dengan kambing hitam sebagai ganti, namun kambing hitam itu sendiri tidak berupaya untuk menghadapi saat di lapah dagingnya sebagai persembahan kepada hantu tersebut..

Begitulah ceritanya berkenaan saka @ hantu ini dalam UMNO di mana UMNO ini akan seterusnya mewarisi saka @ hantu ini hingga ke anak cucu demi survival mereka. Dan jangan lupa tragedi PRU 11 dahulu yang terjadi di Parlimen Kota Tinggi, terdapat juga spesies yang tinggi menggalah yang membuat heboh satu Malaya iaitu spesies saka segala saka yang di bela oleh UMNO...aku tersenyum sendirian..

Cerita ini tiada kaitan baik yang hidup atau yang mati, ini sekadar menghiburkan hati mengenangkan perjalanan politik di tanahair.


~matahijauku~