Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

April 28, 2012

Konvoi Jelajah DUN Johor Lama


Gambar-gambar aktiviti konvoi yang sempat di rakamkan oleh lensa admin.


Timbalan YDP, Tuan Haji Monaim Bin Hassan memulakan bacaan doa sebelum konvoi bermula. Semuga apa yang di rancang dapat berjalan dengan selamat dan di permudahkan oleh Allah SWT.



KipMart adalah destinasi pertama yang di kunjungi oleh peserta konvoi bagi mengedar risalah. Namun begitu, pihak pengurusan KipMart tidak membenarkan sebarang aktiviti pengedaran risalah di buat di premis tersebut dan tidak membenarkan sebarang aktiviti berunsur politik di lakukan. Dalam masa yang sama ketika itu pertandingan zapin sedang rancak berlangsung di ruang niaga premis perniagaan tersebut.

Pihak keselamatan KipMart mengarahkan pekerjanya mengutip semula risalah-risalah yang telah di letakkan di wiper kenderaan pengunjung ketika itu. Untuk tidak membesarkan isu, kami akur dengan kehendak pengurusan KipMart untuk tidak mengedar risalah di situ dan meminta pihak keselamatan KipMart menjaga risalah yang mereka kutip dengan selamat.

Destinasi seterusnya ialah menghadiri jemputan walimatul urus di Kampung Kecoh yang terletak di pinggir Bandar Kota Tinggi. Pihak tuan rumah berbesar hati untuk menerima kunjungan peserta konvoi pada majlis tersebut. Tuan rumah (berdiri di sebelah YDP) mengucapkan terima kasih atas kehadiran peserta konvoi kerana memeriahkan lagi majlis mereka pada hari tersebut.

 Meneruskan perjalanan setelah mengedar risalah di Felda Air Tawar 2
 
 Destinasi terakhir iaitu di pekan Telok Sengat. Kehadiran peserta konvoi menggamatkan suasana pengunjung di situ yang rata-rata datang dari luar daerah Kota Tinggi. Sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang ada dengan memberikan laugan semangat untuk terus berkempen memberikan penerangan melalui pengedaran risalah seperti ini.

 Ketua Dewan Muslimat, Puan Rosnani Jusoh di lihat menyatakan sesuatu kepada peniaga di situ





April 26, 2012

Panduan Untuk Sahabat



April 25, 2012

Negara Bankrap Modal Baru BN

Bankrap adalah satu  modal baru Umno Bn untuk menakutkan rakyat supaya jangan pilih Pakatan Rakyat. Sebelumnya mereka menggunakan isu Agama, Bangsa dan Raja. Oleh  kerana ketiga-tiga isu ini sudah menjadi basi dan tidak laku kerana Umno mempunyai rekod yang buruk terhadap  3 perkara yang diperkatakan. Maka Umno mengalih pemikiran rakyat dengan menakutkan isu bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah. Semua tawaran Pakatan Rakyat akan dilebelkan bankrap dengan harapan rakyat tidak beralih sokongan dan meninggalkan  Umno.



Apabila Pakatan Rakyat menjanjikan untuk hapus PTPTN, hapuskan tol, gaji minimum RM1100.00, menurun harga minyak, mengekalkan subsidi. Maka terdapat suara-suara sumbang mengatakan negara akan bankrap, termasuklah dari kalangan pensyarah yang menjadi pengampu kepada BN. Apa yang pelik semua yang dilakukan oleh kerajaan BN tidak berani ditegur walaupun memudaratkan ekonomi negara dan membankrapkan negara walaupun  
mengenepikan prinsip ketelusan.

Sebenarnya tektik pemimpin BN bermodalkan bankrap supaya rakyat lupa bahawa negara akan menjadi bankrap, kerana rekod pemerintahan Umno seperti barah di peringkat empat. Apa tidaknya, hutang negara 53%, paras bahaya ialah 55%. Hutang negara melonjak dari RM146 bilion pada tahun 2002, RM242 bilion (2006) dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011. Wang Felda susut daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Saham bumiputera RM52 bilion lesap, Stadium Trengganu berharga RM292 juta runtuh, walaupun hanya setahun dibina, upah Apco Yahudi Israel RM77 juta setahun, RM589 juta hutang Tajudin dihapus kira, NFC RM250 juta, Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan berlaku ketirisan RM28 bilion, laporan Ketua Audit  Negara 2006 melaporkan Kementerian Pertahanan membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) tanpa ada baucer.

Ini bukti bahawa negara akan bankrap jika BN terus berkuasa. Sedangkan tawaran PR untuk membantu rakyat dengan kita memerangi rasuah, perbelanjaan berhemah insyaAllah negara selamat, rakyat mendapat  rahmat.

April 22, 2012

Program Ceramah Pas Kota Tinggi

Jemput hadir beramai-ramai bagi mengikuti perkembangan terkini isu politik di tanahair.

April 17, 2012

MALAYSIA KE ARAH NEGARA MUFLIS DI BAWAH PEMERINTAHAN UMNO BN

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan, dakwaan pemimpin Umno-BN bahawa negara bakal muflis sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk pemerintahan, dan menunaikan tiga janji mereka adalah satu tuduhan jahat dan langsung tidak berfakta.
Sebenarnya Umno-BN perlu faham bahawa perkara yang menyumbang kepada negara muflis adalah disebabkan pembaziran melampau, pengurusan tidak telus  dan subsidi yang terlalu besar kepada kroni mereka. 
Beliau menyatakan bahawa pentadbiran Umno-BN sepatutnya mengambil iktibar daripada cara pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat.
Di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat  pengurusan lebih telus, berhemat serta berjimat telah mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.
Memetik ucapan beliau,
“Di Selangor, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tawas dan sebagainnya yang dilaksanakan untuk rakyat tidak menjadikan negeri itu muflis.
“Di Kedah pula, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menurunkan cukai tanah dan dapat meningkatkan hasil balak daripada pentadbiran yang telus.
Tegasnya, janji yang ditawarkan Pakatan, antaranya gaji minima RM1,500 sebulan dan pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tidak akan merugikan negara.
 “Sekiranya kerajaan berupaya membersihkan amalan rasuah dan kronisme yang diamalkan dalam pentadbiran negara, maka ekonomi dapat berkembang dengan baik, sekaligus menjadi jaminan untuk mengelakkan negara muflis,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa, keadaan ekonomi negara yang merudum juga menunjukkan bahawa kerajaan sekarang kurang berdaya saing dengan negara luar sehingga mengakibatkan kos pentadbiran semakin tinggi.
 “Dari segi itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa mereka bukanlah pemerintah yang baik.
“Jadi, rakyat sudah cukup jelas bahawa kerajaan sekarang perlu digantikan supaya Pakatan dapat tunjukkan satu formula dan pendekatan lebih baik, murah, kompetetif untuk mengurus tadbir negara,” katanya

Hakikat Menyayat Hati Kesan Politik Durjana Umno Terhadap Orang Melayu

Isu perpaduan menjadi topik utama dalam pelbagai medium perbincangan, khusus di kalangan orang Melayu. Perpecahan digambarkan berpunca dari wujudnya parti politik yang ditunjangi oleh kelompok orang Melayu. Ia seolah-olah menjadi  unsur utama perpecahan sehingga diucap oleh kebanyakan pimpinan samada pimpinan politik atau agama.

Persoalan utama apakah kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan Melayu. Kalau kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan, kenapa kita menerima sistem demokrasi yang mengizinkan wujudnya pelbaga parti politik, dan kenapa kerajaan meluluskan pendaftaran pelbagai parti politik khusnya parti berteraskan perkaumanan - kerana dengan meluluskan pendaftaran parti tersebut, kita mengizinkan rakyat Malaysia berpecah.

Hakikatnya masyarakat Melayu tidak berpecah, mereka hanya berbeza pandangan dan sokongan kepada parti parti politik yang sah dari sudut perlembagaan. Bilamana kita menerima sistem demokrasi bermakna kita mesti bersedia untuk menerima perbezaan pandangan, sokongan dan kelompok yang berbeza.  Andainya ini diterjemahkan sebagai perpecahan, maka tentulah golongan yang menganggap demikian tidak memahami erti sistem demokrasi. Bahkan dalam satu parti, masih wujud kelompok- kelompok yang berbeza.

Kita mesti bersikap terbuka dalam menilai sesuatu keadaan, kerana kalau perbezaan pandangan dan sokongan dianggap perpecahan, maka tindakan kerajaan meluluskan pendaftaran parti bersifat perkauman seperti Umno yang memperjuangkan Melayu, MIC yang memperjuangkan nasib kaum India, MCA yang memperjuangkan nasib kaum Cina mesti diharamkan, kerana inilah punca utama wujudnya masalah besar perpaduan nasional dalam negara kita.

Bagi PAS, kita menilai perbezaan bukanlah perpecahan, sebaliknya ia adalah perkara normal dalam mana-mana negara atau kelompok masyarakat sekalipun. Kerana itu, al Quran menjelaskan:

"Kalau engkau membelanjakan seluruh harta yang ada dimuka bumi ini untuk menyatukan hari hati  manusia, kamu TIDAK akan dapat menyatukan mereka, Allahlah yang menyatukan hati hati mereka.” (Surah Al-Anfal ayat 63)

Dalil di atas menunjukkan kepada kita penyatuan mesti berdasarkan nilai universal yang bukan bersifat bangsa, warna kulit, dan keturunan. Kerana ini bukan pilihan manusia. Tidak mungkin kita boleh menukarkan bangsa  Melayu  untuk menjadi Cina, India untuk ditular menjadi Jawa dan seterusnya. Yang boleh ditukar ialah sesuatu yang dalam pilihan manusia seperti agama (aqidah) kerana manusia boleh memilihnya.

Kerana itu, Islam tidak meletakkan soal agama sebagai unsur paksaan, kerana ia dibina di atas keyakinan seseorang.

Namun, Islam menyarankan agar dakwah dilaksanakan di kalangan masyarakat agar Islam diketahui  dan difahami dengan sebenarnya. Kerana seandainya seseorang memahami dengan sebenarnya ajaran Islam yang bersifat universal ini, tentu ia akan menerima Islam sebagai agama pilihan.

Bagi golongan yang tidak menerima bukanlah musuh, kerana yang dianggap musuh adalah yang menentang atau bersikap memusihi Islam. Ini adalah perkara normal  di mana-mana sistem pun. Golongan komunis tidak akan menerima kaum kapitalis dalam pentadbirannya.

Adalah malang bagi golongan Melayu Islam bilamana perpaduan Melayu itu dilihat sekiranya orang Melayu menyokong Umno yang bersifat asabiah, manakala golongan yang menyokong PAS atau PKR dianggap golongan yang memecah belah masyarakat Melayu.

Keadaan ini telah diasak dalam pemikiran rakyat, sehingga ianya diterima oleh sebahagian orang Melayu, dan itu adalah hakikat yang paling menyedihkan dalam kesan terus politik asabiah Umno terhadap kaum yang mereka ingin bela.

Pemikiran tertutup inilah sebenarnya yang membawa perpecahan di kalangan orang Melayu. Sehingga Melayu menjadi lemah, lebih-lebih lagi malas dan hilang daya saing kerana sentiasa bergelumang dalm salah guna kuasa, masalah moral dan rasuah sebagai jalan keluar.

Sedangkan semua pimpinan di semua peringkat adalah orang Melayu - dari Raja-raja, Perdana Menteri, Timbalan menteri, Menteri Besar, Exco-exco, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung dan JKK.

Apabila Melayu lemah, muncullah pimpinan Umno bangkit menyalahkan Cina (DAP). Sedangkan berpuluh tahun orang Melayulah mendominasi pimpinan negara.

Inilah sikap dan politik durjana Umno yang bilamana gagal mengurus tadbir negara dengan baik , maka diletakkan kesalahan kepada PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP.

Lebih menyayatkan hati, pembohongan ini diterima oleh sebahagian masyarakat Melayu kerana perkara ini diulang-ulang oleh Umno di media perdana seolah-olah ia benar, walhal asalkan seseorang itu rajin berfikir sejenak, pembohongan ini mudah dikesan dan disedari.

April 05, 2012

Pentas Pemuda - Orang Muda Geng Kita