Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

January 22, 2009

CERAMAH SDR SALAHUDDIN AYUB DI TMN SAUJANA

Isnin, 19 Jan 2009 jam 9 malam ceramah yang di anjurkan oleh PAS Bhg Tenggara menampilkan penceramah utamanya YB Salahuddin Ayub selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap ahli parlimen Kubang Kerian juga sempena pelancaran tabung kemanusiaan Palestin yang di adakan di PASTI Ibnu Sina Taman Saujana Kota Tinggi. Kehadiran yang begitu memberangsangkan bagi mendengar secara langsung ulasan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dan juga isu-isu global yang berkenanaan dengan perjuangan Islam.


Sebelum itu, majlis di mulakan dengan tayangan multimedia bagi memperlihatkan kekejaman rejim Zionis dalam pencabulan mereka di Gaza, Palestin. Serentak dengan itu, tabung kemanusiaan di lancarkan bagi mengumpul dana untuk di salurkan terus kepada wakil yang berkenaan di Gaza, Palestin kerana PAS akan melancarkan misi bantuan kemanusiaan yang ke-3 di bumi Palestin pada masa yang terdekat ini iaitu 27 Jan ini. Di atas keperihatinan hadirin yang hadir, pelancaran pada malam tersebut berjaya mengumpul sejumlah wang untuk di salurkan terus kepada saudara kita di bumi Palestin.


Dalam ceramah YB Salehudin, beliau menegaskan bahawa wang hasil kutipan para dermawan akan di sampaikan terus kepada wakil di Palestin bagi meringankan beban mereka serta membeli peralatan kelengkapan peperangan dan membeli senjata bagi mengimbangi kekuatan pihak rejim.


Dalam ceramahnya juga, beliau mengulas akan senario PRK 036 Kuala Terengganu di mana rakyat menunjukkan isyarat jelas serta sudah sampai masanya rakyat menilai iklim politik tanahair. Rakyat di Kuala Terengganu mampu mentafsir dan menilai sesuatu perkara itu dengan maklumat yang tepat. Rakyat melihat peranan yang dimainkan oleh media elektronik yang memualkan semacam media tersebut milik mereka.


YB Salahuddin juga mengulas akan strategi yang di mainkan oleh Pakatan Rakyat bagi memenangi hati pengundi di Kuala Terengganu. Antara yang sangat berkesan iaitu isu royalti minyak. Hanya dengan menjaja isu ini sahaja UMNO sudah terkedu untuk menangkis serangan dari pihak Pakatan Rakyat. Banyak perkara yang boleh dimainkan hanya dengan isu minyak ini sahaja bilamana rakyat diberi penerangan akan pemberian wang ehsan yang tidak mengikut saluran yang sebenarnya dan bagaimana wang ehsan ini di sapu bersih oleh kepimpinan UMNO dengan menganjurkan sesuatu program yang tidak mendatangkan keuntungan kepada pengundi di Kuala Terengganu.


Dalam pada yang sama, UMNO juga sudah terkejut beruk bilamana PAS mengumumkan calonnya yang memang tidak di sangka-sangka. Umum di DUN Wakaf Mempelam memang mengetahui rekod perkhidmatan calon PAS YB Abdul Wahid Endut sehingga terbukti beliau mampu mempertahankan status sebagai wakil rakyat sehingga lima tahun. Ini juga sudah mempengaruhi mood pengundi di Kuala Terengganu. Sementara lagi, jelas beliau konflik dalaman UMNO sendiri memberi keuntungan kepada PAS yang mana sekali lagi pemilihan calon yang tidak memenuhi kriteria yang di inginkan diketengahkan bagi menggantikan ahli parlimen sebelum ini. Masalah calon yang diketengahkan UMNO sendiri menjadi duri dalam daging atas kekalahan UMNO. Mereka gagal untuk mencari kelemahan calon PAS itu sendiri sepanjang perkhidmatan beliau di DUN yang di wakilinya.


Pengundi di Kuala Terengganu menilai corak pemerintahan UMNO, BN. Statistik menunjukkan Terengganu menduduki tangga ke dua negeri termiskin di Malaysia walhal Terengganu mempunyai pendapatan hasil minyak yang banyak. Persoalan ini tidak mampu terjawab oleh UMNO dan isu ini terus menghantui kempen UMNO, BN. Calon UMNO, iaitu Dato’ Wan Farid sebelum ini yang menjadi ahli dewan negara dan juga sebagai timbalan menteri di Jab. Perdana Menteri apabila diusulkan oleh Sdr Salehudin mengenai royalti minyak diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Terengganu diam membisu malah tidak menyokong akan usul tersebut. Ini menambahkan keyakinan pengundi di Kuala Terengganu untuk memberikan sokongan kepada PAS yang dilihat lebih kehadapan untuk membawa perubahan. Keputusan di Kuala Terengganu juga memperlihatkan trend positif perubahan iklim pengundi di Malaysia walaupun disangkal sepenuhnya oleh kepimpinan UMNO, BN yang masih menyangkal akan keputusan tersebut.


Diakhir ceramah beliau, sedikit menyentuh akan pelan peralihan kuasa yang di jaja oleh UMNO sebelum ini berhadapan menemui kegagalan berdasarkan maklumat-maklumat yang boleh dipercayai dari ahli UMNO sendiri. Kekalahan di Kuala Terengganu sedikit sebanyak menurunkan populariti Najib yang dicanangkan bakal menduduki kerusi nombor satu itu. Kempen di Kuala Terengganu juga masih dibayangi oleh imej Altantuya sehinggakan segala kempen melibatkan Altantuya akan dirampas oleh pihak keselamatan.