Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

January 30, 2009

SIRI DEMONTRASI DITERUSKAN PULA DI KOTA TINGGI

Demi kesucian Islam, kami tetap menyokong perjuangan mu..
Sdr Aminuddin memberi ucapan pada demontrasi tersebut

Ucapan YDP Johor Bahru turut mengangatkan suasana
Ayahanda Pak Bakar turut berucap mengutuk tindakan Israel
Peserta membakar bendera Israel tanda protes


Jumaat, 30 Januari 2009 bertempat di perkarangan tempat letak kereta Masjid Jamek Kota Tinggi, siri demontrasi mengutuk kekejaman rejim Israel terhadap penduduk Islam di Gaza, Palestin diteruskan dengan mendapat sokongan daripada ahli-ahli PAS sekitar Kota Tinggi seperti PAS Tenggara, Penggerang malah tidak ketinggalan daripada Johor Bahru. Demontrasi dilakukan sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat dengan ucapan YDP PAS Kota Tinggi, di ikuti ucapan berapi daripada kepimpinan PAS Negeri iaitu Sdr. Aminuddin Ayuib. Turut menyumbang suara pada tengahari tersebut adalah YDP PAS Johor Bahru selain kepimpinan kawasan turut berucap mengutuk keganasan rejim Israel itu.

Diakhir demontrasi tersebut, para pendemo telah membakar bendera Israel tanda protes akan kebiadapan Yahudi terhadap saudara Islam di Gaza, Palestin. Demontrasi berakhir dengan mendapat perhatian di kalangan jemaah agar meneruskan memboikot membeli dan menggunakan barangan yang mempunyai kepentingan terus dengan Israel dan berharap kesedaran di kalangan umat Islam untuk sama-sama menyumbang usaha memberi tekanan kepada Israel. Sebagai penutup, YDP PAS Tenggara Tn. Hj. Rashid membacakan doa dan Qunut Nasilah agar Allah memberikan pertolongan dan kekuatan kepada pejuang Islam yang mempertahankan kedaulatan Islam dan negaranya.


~matahijauku~

January 22, 2009

CERAMAH SDR SALAHUDDIN AYUB DI TMN SAUJANA

Isnin, 19 Jan 2009 jam 9 malam ceramah yang di anjurkan oleh PAS Bhg Tenggara menampilkan penceramah utamanya YB Salahuddin Ayub selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap ahli parlimen Kubang Kerian juga sempena pelancaran tabung kemanusiaan Palestin yang di adakan di PASTI Ibnu Sina Taman Saujana Kota Tinggi. Kehadiran yang begitu memberangsangkan bagi mendengar secara langsung ulasan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dan juga isu-isu global yang berkenanaan dengan perjuangan Islam.


Sebelum itu, majlis di mulakan dengan tayangan multimedia bagi memperlihatkan kekejaman rejim Zionis dalam pencabulan mereka di Gaza, Palestin. Serentak dengan itu, tabung kemanusiaan di lancarkan bagi mengumpul dana untuk di salurkan terus kepada wakil yang berkenaan di Gaza, Palestin kerana PAS akan melancarkan misi bantuan kemanusiaan yang ke-3 di bumi Palestin pada masa yang terdekat ini iaitu 27 Jan ini. Di atas keperihatinan hadirin yang hadir, pelancaran pada malam tersebut berjaya mengumpul sejumlah wang untuk di salurkan terus kepada saudara kita di bumi Palestin.


Dalam ceramah YB Salehudin, beliau menegaskan bahawa wang hasil kutipan para dermawan akan di sampaikan terus kepada wakil di Palestin bagi meringankan beban mereka serta membeli peralatan kelengkapan peperangan dan membeli senjata bagi mengimbangi kekuatan pihak rejim.


Dalam ceramahnya juga, beliau mengulas akan senario PRK 036 Kuala Terengganu di mana rakyat menunjukkan isyarat jelas serta sudah sampai masanya rakyat menilai iklim politik tanahair. Rakyat di Kuala Terengganu mampu mentafsir dan menilai sesuatu perkara itu dengan maklumat yang tepat. Rakyat melihat peranan yang dimainkan oleh media elektronik yang memualkan semacam media tersebut milik mereka.


YB Salahuddin juga mengulas akan strategi yang di mainkan oleh Pakatan Rakyat bagi memenangi hati pengundi di Kuala Terengganu. Antara yang sangat berkesan iaitu isu royalti minyak. Hanya dengan menjaja isu ini sahaja UMNO sudah terkedu untuk menangkis serangan dari pihak Pakatan Rakyat. Banyak perkara yang boleh dimainkan hanya dengan isu minyak ini sahaja bilamana rakyat diberi penerangan akan pemberian wang ehsan yang tidak mengikut saluran yang sebenarnya dan bagaimana wang ehsan ini di sapu bersih oleh kepimpinan UMNO dengan menganjurkan sesuatu program yang tidak mendatangkan keuntungan kepada pengundi di Kuala Terengganu.


Dalam pada yang sama, UMNO juga sudah terkejut beruk bilamana PAS mengumumkan calonnya yang memang tidak di sangka-sangka. Umum di DUN Wakaf Mempelam memang mengetahui rekod perkhidmatan calon PAS YB Abdul Wahid Endut sehingga terbukti beliau mampu mempertahankan status sebagai wakil rakyat sehingga lima tahun. Ini juga sudah mempengaruhi mood pengundi di Kuala Terengganu. Sementara lagi, jelas beliau konflik dalaman UMNO sendiri memberi keuntungan kepada PAS yang mana sekali lagi pemilihan calon yang tidak memenuhi kriteria yang di inginkan diketengahkan bagi menggantikan ahli parlimen sebelum ini. Masalah calon yang diketengahkan UMNO sendiri menjadi duri dalam daging atas kekalahan UMNO. Mereka gagal untuk mencari kelemahan calon PAS itu sendiri sepanjang perkhidmatan beliau di DUN yang di wakilinya.


Pengundi di Kuala Terengganu menilai corak pemerintahan UMNO, BN. Statistik menunjukkan Terengganu menduduki tangga ke dua negeri termiskin di Malaysia walhal Terengganu mempunyai pendapatan hasil minyak yang banyak. Persoalan ini tidak mampu terjawab oleh UMNO dan isu ini terus menghantui kempen UMNO, BN. Calon UMNO, iaitu Dato’ Wan Farid sebelum ini yang menjadi ahli dewan negara dan juga sebagai timbalan menteri di Jab. Perdana Menteri apabila diusulkan oleh Sdr Salehudin mengenai royalti minyak diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Terengganu diam membisu malah tidak menyokong akan usul tersebut. Ini menambahkan keyakinan pengundi di Kuala Terengganu untuk memberikan sokongan kepada PAS yang dilihat lebih kehadapan untuk membawa perubahan. Keputusan di Kuala Terengganu juga memperlihatkan trend positif perubahan iklim pengundi di Malaysia walaupun disangkal sepenuhnya oleh kepimpinan UMNO, BN yang masih menyangkal akan keputusan tersebut.


Diakhir ceramah beliau, sedikit menyentuh akan pelan peralihan kuasa yang di jaja oleh UMNO sebelum ini berhadapan menemui kegagalan berdasarkan maklumat-maklumat yang boleh dipercayai dari ahli UMNO sendiri. Kekalahan di Kuala Terengganu sedikit sebanyak menurunkan populariti Najib yang dicanangkan bakal menduduki kerusi nombor satu itu. Kempen di Kuala Terengganu juga masih dibayangi oleh imej Altantuya sehinggakan segala kempen melibatkan Altantuya akan dirampas oleh pihak keselamatan.

January 20, 2009

PRK 036 DIMENSI BARU PERUBAHAN RAKYAT

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu (PRK 036), momentum daripada tsunami politik yang melanda iklim politik Malaysia yang bersambungan daripada PRU 12 pada tahun lepas. Keputusan yang sememangnya tidak di jangkakan mencapai kemenangan dengan undi majoriti 2631 mengalahkan calon BN iaitu Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas. Namun apa pun juga, marilah memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat kemenangan perjuangan Islam ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua petugas yang bertungkus lumus berkerja tanpa mengenal penat bagi memenangkan perjuangan Islam ini.

Inilah erti kemenangan yang sebenarnya apabila PAS bertarung dengan keseluruhan jentera kerajaan yang di perkudakan oleh UMNO semau-maunya dan sesukanya. Seperti mana Palestin yang di serang segenap sudut begitu jugalah PAS yang di hentam seenaknya melalui media yang dilacurkan demi memuaskan nafsu serakah UMNO untuk melihat kejatuhan perjuangan PAS. Namun apa yang UMNO rancang untuk menjatuhkan maruah perjuangan Islam menemui kegagalan. Dan benarlah janji Allah, perancangan Allah mengatasi perancangan UMNO BN. Namun apa yang menarik perhatian di akhir pertarungan yang menobatkan PAS sebagai pemenangnya, ulasan daripada pemimpin BN memperlihatkan sikap yang tidak berubah dengan keegoannya. Apa pun juga alasannya, UMNO sudah kecundang dengan perjuangan di pentas yang mereka sediakan dengan penuh muslihat. Di akhir komen dari Mursyidul Am PAS Tn. Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, bersyukur kepada Allah SWT atas kemenangan ini dan kepada pihak yang menang (Pakatan Rakyat) jangan sesekali mengeluarkan kenyataan yang boleh menguriskan hati pihak lawan. Inilah sikap sebenar pejuang Islam...TAKBIR!

~matahijauku~










Blog PASTI Kota Tinggi

Alhamdulillah, akhirnya Pasti Kawasan Kota Tinggi telah mempunyai laman blognya sendiri. Ia boleh dilawati di http://pastikotatinggi.blogspot.com/

Insya-Allah, blog akan dikemaskini sekerap mungkin dan sebarang kekurangan akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Semoga usaha yang kecil dan sedikit ini mendapat restu dan keredhaan Allah SWT.

~melukut.com~
Tahu diri hamba belum memadai; hati merasa hamba itulah yang dicari

January 19, 2009

Blog untuk PASTI

Assalamu'alaikum... PASTI Kawasan Kota Tinggi yang buat masa ini 'menumpang' dalam laman blog ini akan mempunyai laman blognya sendiri yang sedang dalam pembinaan. Insya-Allah, ianya akan dapat dilawati sedikit masa lagi.

Diharapkan laman blog tersebut akan dapat membantu mempromosi dan menyalurkan maklumat terkini perkembangan PASTI di Kawasan Kota Tinggi khususnya PASTI Cawangan Tg. Sedili yang baru ditubuhkan awal tahun ini.

Tungguuu!!!

~ melukut.com ~
Tahu diri hamba belum memadai; hati merasa hamba itulah yang dicari

January 13, 2009

Mencari Damai Abadi

Pada Khamis yang lepas, Dewan Pemuda PAS berserta dengan AJK PAS Kota Tinggi berkesempatan untuk menziarahi balu As-Syahid Ali Ghufran @ Ust. Muklas yang telah dijatuhi hukuman tembak di Indonesia bersama-sama dengan As-Syahid Amrozi dan Imam Samudra iaitu Ustazah Paridah Abas yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar PASTI di kawasan Tebrau. Program ziarah tersebut juga berkesempatan menziarahi salah seorang isteri mangsa ISA yang suaminya masih menjalani hukuman ISA. Kami ditemani oleh Ketua Pemuda PAS Tebrau sendiri iaitu Sdr. Shamsul Bakri bagi menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan Ustazah tersebut lebih-lebih lagi bagi menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak beliau.

Dalam pertemuan tersebut, kami dihidangkan dengan kesah yang boleh dianggap satu keajaiban yang Allah SWT tunjukkan kepada hamba-hambanya bahawa nikmat jihad itu sendiri adalah satu penghormatan kepada hambanya yang sanggup meletakkan nyawa melebihi segalanya semata-mata mempertahankan kesucian agama Allah ini. Cerita berkisar tentang kehidupan As-Syahid itu sendiri dari mula sehinggalah saat di jatuhi hukuman tembak tersebut. Melihat akan kecekalan ibu ini yang begitu bersemangat menghadapi kehidupan membesarkan anak-anaknya membuatkan kami sungguh terharu dan manjadi motivasi kepada kami untuk meneruskan perjuangan meletakkan Islam yang syumul melebihi segalanya.

Sesungguhnya pertemuan singkat yang membawa seribu makna dan pengertian akan perjuangan seorang insan yang akhirnya menemui Ar-Rab dengan penghormatan.


January 08, 2009

BOIKOT BARANGAN ISRAEL
































Sebagai bantahan atas kebiadapan dan keganasan Yahudi ini, marilah kita bersatu hati sebagai umat Islam untuk bersama-sama memboikot kesemua barang atau makanan yang mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak dengan Israel ini. Tunjukkan komitmen kita sebagai umat Islam yang boleh mengubah ekonomi yang berkepentingan dengan Israel ini. Ingatlah, setiap sen yang kita belanjakan untuk membeli barangan tersebut bermakna kita menyumbang dana untuk Israel memperkuatkan ekonomi mereka dan seterusnya membunuh rakyat Palestin.


Dr. Yusuf al-Qardawi telah menyatakan, " Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerikan/Israel adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin."


Rasulullah SAW bersabda :

"Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian." Maka para sahabat bertanya, "Dimanakah mereka?". Jawab Rasulullah, "Di Baitul Maqdis dan sekitarnya."

(Hadis Riwayat Bukhari)


~matahijauku~

Apakah Reaksi Anda?


Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, menyatakan jumlah kematian setakat ini sudah meningkat kepada 534 orang dan sekurang-kurangnya 2,470 orang tercedera. PBB juga mengakui bahawa 'keadaan yang membahayakan kakitangan perubatan serta keadaan sukar untuk mengeluarkan mangsa yang tercedera daripada kesan runtuhan' itu, menyebabkan pengiraan mangsa menjadi bertambah sulit.

Reuters memetik pegawai perubatan tempatan sebagai berkata, semua 13 anggota sebuah keluarga terkorban dalam letupan yang berlaku di sebuah rumah di timur Gaza. Menjelang jam 3 petang, 25 rakyat Palestin terkorban sejak awal pagi saja, sekurang-kurangnya 10 daripada mereka adalah kanak-kanak.

Kekejaman demi kekejaman dilakukan oleh rejim zionis Yahudi Laknatullah keatas rakyat Palestin namun sehingga ke hari ini, usaha untuk menanganinya masih menemui jalan buntu. Hari demi hari semakin ramai nyawa yang tidak berdosa menjadi korban keganasan Yahudi.


Apakah usaha yang telah kita lakukan di sini sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Palestin? Untuk berjuang bersama-sama dengan rakyat Palestin adalah jauh sekali..Dalam keadaan kehidupan yang selesa bagi masyarakat Islam di Malaysia mungkin sekadar melahirkan rasa kekesalan terhadap tindakan biadap tentera Yahudi. Tapi, peranan kita sebagai umat Islam yang bersaudara sejauh manakah keikhlasan kita dalam menjiwai keperitan kehidupan saudara seagama kita yang ketika ini berjihad mempertahankan tanah air mereka?


Lihatlah disekeliling kita, walaupun saban hari berita tersebut di muatkan di akhbar-akhbar perdana sebagai tajuk berita namun ianya belum mampu melahirkan rasa keinsafan terhadap keperitan rakyat Palestin. Mungkin hanya mampu melahirkan rasa geram atas tindakan kebinatangan Yahudi tersebut dalam seketika sahaja. Kita melihat isu ini sebagai biasa sahaja bagi masyarakat kerana mungkin sudah terkebiasaan dengan berita peperangan yang berlaku di Palestin. Sebab itu respon masyarakat kita terhadap isu ini begitu dingin sekali. Ambil contoh, jika di tinjau di sekitar masjid yang terdapat di Kota Tinggi ini, rasanya belum ada lagi masjid yang mampu membaca doa qunud nazilah di dalam solat berbanding ketika berdepan dengan isu Pulau Batu Putih dimana terdapat arahan daripada kerajaan untuk membaca doa qunud di setiap solat jumaat selama hampir 3 atau 4 bulan lamanya. Pernah diutarakan perkara ini kepada pihak pengurusan masjid tapi sehingga kini masih tiada lagi perlaksanaannya. Mungkin belum dikeluarkan lagi pekeliling daripada pejabat agama atau arahan daripada kerajaan. Persoalannya, berbanding kepentingan Pulau Batu Putih yang sememangnya sudah diketahui keputusan dan maruah saudara seagama yang ketika ini masih berjuang demi tanahair dan Islam, apakah perkara ini masih lagi perlu diperhalusi. Cubalah mengenepikan persoalan politik dalam isu ini tapi inilah ruang dan kesempatan yang perlu kita ambil bagi memohon pertolongan Allah bagi memenangkan Islam dan rakyat Palestin..sekurang-kurangnya kita berusaha kerana doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.


~matahijauku~

January 06, 2009

MENGIMPIKAN SUASANA BEGINI..





Melihat sahaja gambar-gambar yang dimuatkan di laman web khas PRK036 Kuala Terengganu ini, fikiranku mula tertanya-tanya...apakah aku bisa melihat suasana seperti ini berlaku sekiranya pilihanraya kecil tersebut berlaku di Kota Tinggi? Wallahualam..Allah sahaja yang mengetahuinya.

Saat ini aku sedang menunggu khabar berita dan laporan dari YDP untuk maklumat kami di Kota Tinggi ini khusus tentang gerak kerja di prk036 ini. Namun, sehingga ke saat ini masih belum menerima sebarang berita dari Terengganu. Kerana terlalu resah untuk mengikuti berita dari sana maka aku terus melayari internet untuk mendapatkan maklumat tersebut..Rasa tidak sabar rasanya untuk mengikuti jejak sahabat-sahabat yang lain yang sudah pun menjejakkan kaki di Kuala Terengganu..

Untuk mendapatkan maklumat langsung PRK036 ini, klik terus pada tajuk di atas atau taip ke laman berikut :
http ://prk036.pas.org.my/


~matahijauku~

January 03, 2009

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Selepas kemenangan Pakatan rakyat di lima buah negeri pada PRU ke-12 yang lepas, media perdana begitu lantang membangkitkan isu penternakan babi di Selangor dan Kedah yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Kedua-dua kerajaan negeri ini digambarkan sebagai kerajaan yang tidak bertanggungjawab serta tidak sentitif dengan sensitiviti rakyat terutama kaum Melayu yang beragama Islam. Mereka mengambarkan seolah-olah penternakan babi mula diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dan tiada projek seumpamanya di negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional. Isu tersebut diputar-belitkan untuk mencemarkan imej Pakatan Rakyat serta Parti PAS terutamanya yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya.




Hakikatnya Projek pembukaan ladang ternakan babi turut diusahakan di negeri-negeri yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional(BN). Contohnya, satu permohonan pembukaan projek ternakan babi yang melebihi 50 ekar telah dibuat oleh syarikat Singamdia Sdn Bhd kepada kerajaan negeri Johor di Daerah Kota Tinggi baru-baru ini. Permohonan penukaran status tanah di Hulu Sedili Besar daripada tiada kepada TERNAKAN BABI telah dikemukakan kepada pihak Pentadbir Tanah Kota Tinggi dalam surat yang bertarikh pada 5 Oktober 2007 yang lalu (sebagaimana lampiran).

Melalui surat rasmi Pejabat Pentadbir Tanah Kota Tinggi tersebut, permohonan penukaran syarat tanah tersebut dikatakan akan dipertimbangkan selepas mendengar penjelasan dari pihak syarikat terbabit. Terdapat 11 lot tanah yang jumlah luasnya melebihi 50 ekar diluluskan untuk projek tersebut. Lot-lot tanah yang terlibat dalam projek ini ialah lot 204 dan lot 405 hingga 414. Persoalannya, apakah mereka tidak mengetahui bahawa kawasan Hulu Sungai Sedili Besar itu didiami oleh masyarakat yang rata-rata melayu dan beragama Islam? Yang menghairankan lagi, majoriti penduduk di daerah Kota Tinggi ini adalah terdiri daripada orang melayu, jadi apa rasionalnya pusat penternakan babi tersebut hendak di bangunkan di sini? Tidak mencukupikah selama ini tempat-tempat penternakan babi yang terdapat melata di seluruh Johor? Adakah masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan orang Johor yang meminati keenakkan daging tersebut? Adakah projek tersebut akan meniru projek ternakan babi berteknologi tinggi di Selangor dan Kedah yang selama ini diperlekehkan oleh mereka?

Sehingga kini, media masih lagi memainkan isu ternakan babi dengan tujuan menjatuhkan imej Parti PAS di mata para pengundi. Pada masa yang sama mereka tidak memperkatakan isu ternakan babi di negeri-negeri bawah kekuasaan Barisan Nasional yang semakin parah dan tidak terkawal. Tindakan yang berat sebelah ini telah lama disedari oleh rakyat Malaysia yang tidak lagi memberi kepercayaan yang penuh pada media massa perdana. Amat malang bagi orang Kota Tinggi sekiranya permohonan tersebut di luluskan...tunggulah hasil daripada kenikmatan aroma terapi yang bakal di hasilkan oleh salah satu projek Barisan Nasional ini. Mana perginya ADUN Sedili?





January 01, 2009

Tahun 2008 Melabuhkan Tirai

Tahun 2008 meninggalkan kita dengan berbagai kenangan pahit dan juga manis. Meninggalkan 2008 bererti umur kita juga semakin meningkat, semakin matang menghadapi ujian di dunia ini. Sebaiknya peninggalan 2008 ini juga dijadikan medan muhasabah diri untuk menilai kemampuan diri ini dalam melaksanakan amanah Allah di muka bumi ini sebagai khalifahNya. Berakhirnya malam 31 Disember 2008 bukanlah satu lesen untuk kita menyambutnya dengan acara yang gilang gemilang, di hidangi dengan konsert artis-artis tempatan, di hiasi kaki langit yang gelap dengan kilauan cahaya bunga api yang semestinya di beli menggunakan duit rakyat. Tahun ini, fenomena seperti ini tidak berlaku di bandar Kota Tinggi (KT) tapi di fahamkan suasana begini di mainkan di Parlimen Penggerang yang sedia maklum di wakili oleh Menteri Pelancongan.


Mengimbau kembali kenangan tahun 2008, bilamana berlaku kejutan atau tsunami politik yang tidak mungkin di lupakan melanda tanahair ini. Pakatan Rakyat memenangi beberapa negeri di Semenanjung dan memperkukuhkan kedudukannya di Kelantan. PRU12 tersebut, rakyat bangkit melahirkan rasa kejelekan pada kepimpinan UMNO, BN yang di ketuai oleh Pak Lah. Dalam PRU12 itu jugalah, isu kelemahan Pak Lah di dalam pemerintahannya dieksploitasikan sepenuhnya untuk memenangi hati rakyat untuk memberikan ’swing’ yang menarik pada Pakatan Rakyat. Turut merasainya di KT bilamana menjadi satu kejayaan apabila wang deposit PRU tidak lenyap oleh kekurangan undi. Orang di Kota ini terutama di bandar yang majoritinya keturunan Cina memberikan isyarat jelas bahawa kepimpinan UMNO, BN tidak mampu membawa keuntungan dalam perniagaan mereka. Terkejut dan hampir tidak mempercayainya apabila sewaktu pengiraan undi, undi yang berpihak kepada PAS tidak jauh berbeza berbanding BN. Satu tamparan yang hebat untuk UMNO, BN.


Pergolakan yang berlaku dalam UMNO, BN ini tidak berakhir selepas PRU12 sahaja malah turut berlanjutan kepada pemilihan Cawangan & Bahagian di KT. Dilihat terdapat 2 kumpulan yang berbeza ideologi dan matlamat yang dilihat mampu membawa UMNO Bhg Kota Tinggi ini kearah yang lebih kukuh. Namun, ianya tidak berlanjutan kerana pergerakan kumpulan Daing Malek cepat di hidu oleh lawannya. Maka, berlakulah pertembungan antara dua kumpulan tersebut dan berlakulah perang psikologi dengan pengedaran flyer-flyer yang bermaksud untuk menjatuhkan kredibiliti pihak lawan. Perkara ini nampak menarik bilamana ianya di bawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah injuksi dan dalam masa yang sama turut di rujuk ke panel dalaman UMNO itu sendiri. Dan sehingga ke hari ini, pergolakan dalaman UMNO ini masih dilihat berterusan dengan beberapa insiden yang menterjemahkan ketidakpuasan beberapa pihak. Kita menantikan apakah selepas ini ada reaksi-reaksi menarik untuk tatapan warga KT menjelang bulan Mac 2009.


Disudut PAS pula, tahun 2008 memberi makna kepada perjuangan PAS. Bermula dengan gerak kerja PRU12 yang di lihat lebih tersusun dengan program penerangan saban hari dan di tingkatkan menjelang PRU. Paling bersyukur kehadrat Allah SWT bilamana PAS dapat bergerak disegenap ruang felda yang terdapat di jajahan KT ini. Walaupun menerima kutukkan dan ejekan sinis namun ianya tidak mematahkan semangat juang ahli-ahli dan pendokong PAS di Kota Tinggi ini. Dalam masa yang sama, PAS Kota Tinggi memperkukuhkan organisasinya dengan tertubuhnya sayap kiri pergerakan ini iaitu wujudnya Dewan Muslimah PAS Kota Tinggi (DMPKT). Bagaikan satu rahmat kepada PAS KT untuk memperkemaskan lagi pergerakan dalam satu jemaah Islamiah. Dalam misi dakwah dan politik di KT ini, pelbagai program telah di susun dan di rancang sepanjang tahun ini. Alhamdulillah, kesemuanya dapat dibuat dengan jayanya.


Dewan Pemuda PAS Kota Tinggi (DPPKT), dengan sepenuh kudrat dan keazaman untuk membantu PAS Kawasan dalam apa jua perancangan dan perlaksanaannya. Ketika PRU12, DPPKT memainkan peranan proaktif apabila bergerak seiringan dengan program penerangan menggunakan multimedia sebagai medium untuk memberi sokongan kepada ceramah yang di sampaikan. Disamping itu, peranan DPPKT dapat dilihat dengan kehadiran Unit AMAL yang bersedia berkhidmat untuk apa jua kemungkinan dan sokongan kepada PAS KT itu sendiri. Ada kalanya Unit AMAL ini di tugaskan untuk program WalimatulUrus di kalangan ahli ataupun permintaan masyarakat KT.



PASTI juga tidak ketinggalan dengan peranan yang di mainkan untuk memberikan didikan berorientasikan Islam kedalam jiwa anak-anak.Alhamdulillah, pada tahun ini PASTI Kws KT melebarkan sayapnya dengan penubuhan PASTI AL-FALAH (3) bertempat di Tg. Sedili.





Kenangan dan peristiwa yang berlaku di tahun 2008 semuga menjadi muhasabah dan titik tolak kepada PAS KT untuk terus memperkukuhkan kedudukannya dalam polar politik tanahair khususnya di KT ini. Untuk tujuan tersebut, PAS KT sekali lagi bergerak kearah positif dengan menubuhkan Seretariat Pakatan Rakyat bersama-sama dengan Parti KeAdilan Kota Tinggi. Semuga segala yang berlaku di dalam tahun 2008 ini di jadikan kayu pengukur untuk bergerak di dalam tahun 2009. Diharapkan sesuatu yang lebih dapat diimplikasikan di dalam tahun ini untuk menjadikan PAS KT ini lebih disenangi dan mendapat tempat di hati masyarakat KT serta menjadi perintis untuk lebih maju. Salam kenangan untuk tahun 2008, ahlan wah sahlan 2009.


~matahijauku~