Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

May 17, 2008

Sembang-sembang di Warung Lilin

Bagi mereka yang sudah biasa dengan persekitaran Tmn Hijrah, nama yang sinonim sebagai ’port’ parti Pakatan Rakyat akan mengenali akan Warung Lilin yang menjadi tempat lepak sambil ’ngetih’ pekene roti canai, mee rebus ataupun nasi lemak. Ketika kempen PRU12 yang lepas, port inilah menjadi tempat bersembang para petugas maupun pemerhati-pemerhati ’luar’ yang mengintai dari jauh akan kemeriahan Bilik Gerakan PAS. Kini PRU12 sudahpun melabuhkan tirainya dengan keputusan-keputusan yang semua sudah mengetahuinya. Namun begitu, cerita-cerita mengenai parti-parti politik, ketuanan Melayu masih menjadi isu-isu hangat yang masih merah di bibir rakyat kebanyakan seperti merahnya bibir Timb. Perdana Menteri kita.

Apa yang hendak dinyatakan disini adalah pegangan hampir kebanyakan masyarakat Melayu yang masih kabur akan pengertian UNDI yang di pegang mereka selama ini. Orang melayu khususnya di Kota Tinggi ini yang terkenal sebagai daerah yang terkuat fahaman Islam Hadharinya di nusantara melalui ‘platform’ UMNO yang dikira dapat membela nasib orang Melayu dulu kini dan selamanya...masih tidak jelas akan kepentingan undi mereka. Mereka begitu susah untuk mengikiskan fahaman hanya UMNO saja lah yang mampu membela nasib mereka walhal telah banyak kepincangan dan kebobrokan yang di tonjolkan oleh pemimpin mereka yang telah di perjelaskan dan di perincikan oleh media Pakatan Rakyat khususnya PAS yang bertanding di Parlimen Kota Tinggi ini. Apa yang menghairankan lagi, terdapat dikalangan mereka yang menjadi peminat nombor wahid akhbar Harakah, Siasat ataupun akhbar yang pro-Pakatan Rakyat tetapi kesan daripada pembacaan mereka masih di takuk yang lama...

Cerita berkisar mengenai segelintir masyarakat yang ditemui semasa sembang-sembang di Warung Lilin menyatakan bahawa mereka masih memberikan undi kepada BN kerana mereka masih menyokong dasar-dasar yang baik yang di bawa oleh UMNO dan menolak dasar atau perkara-perkara khurafat yang terdapat di dalam UMNO. Maknanya mereka masih menyokong kepimpinan UMNO atas perkara yang baik sahaja walaupun mereka tidak bersetuju atas perkara-perkara yang zalim dan mereka memberi undi kepada UMNO, BN hanya kerana kebaikan yang di bawa oleh parti sekular tersebut. Sesungguhnya mereka ini masih kurang pendedahan ataupun sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata untuk melihat kebenaran yang nyata.

Bercerita tentang undi tadi, kefahaman yang betul perlu di perjelaskan. Walaupun masyarakat beranggapan hanya memberi undi kepada UMNO atas dasar yang baik sahaja tetapi menolak kepada perkara-perkara yang membinasakan, itu bukanlah jalan terbaik untuk mengelakkan diri daripada persoalan bila berhadapan dengan Allah kelak. Kita tetap akan di pertanggungjawabkan atas tangan-tangan kita yang digunakan semasa memberi undi kepada kepimpinan yang dipertanggungjawab untuk memimpin ummah ke arah kesejahteraan dunia maupun akhirat. Sedar atau tidak setiap undi yang di berikan kepada pemimpin yang di pilih berkait antara satu sama lain. Maknanya, kita mempunyai saham keatas apa jua perlakuan pemimpin yang di pilih tadi. Dalam Islam, urusan perlantikan pemimpin bukan perkara sampingan atau main-main, malah ia menjadi topik khusus dalam pewarisan Nabi Muhammad s.a.w bagi memastikan agama dan politik dunia terpelihara. Menurut Islam, kewajipan ke atas perlantikan pemerintah adalah fardu kifayah seperti jihad. Hukum mengundi pada asalnya adalah harus, tetapi jika calon yang baik di ketengahkan maka hukum harus tadi bertukar menjadi wajib. Sebaliknya calon yang diketahui jahat maka hukumnya adalah haram malah menyokongnya juga adalah haram. ’Jangan kamu cenderung kepada golongan yang zalim kelak kamu akan di sambar oleh api neraka’,.

Kalau dulu, peperangan dipilih untuk memenangi sesuatu tujuan kerana ketika tersebut hanya jalan tersebut sajalah yang di yakini akan memberikan kuasa kepada pihak yang menang. Ini dapat juga di lihat dalam perkembangan Islam di muka bumi ini, terpaksa melalui jalan-jalan perit dengan peperangan pada awal penyebaran Islam dan masih juga menghadapi peperangan untuk mempertahankan akidah maupun mengembangkan Islam walaupun telah diberikan peringatan awal akan kebaikan Islam. Revolusi manusia membawa pemikiran-pimikiran baru dalam istilah Barat menceduk kebaikan Islam dengan membawa istilah demokrasi. Maka sistem digunapakai dalam bentuk undi bagi memilih pemimpin. Maka pengertian undi disini dapatlah disamakan dalam bentuk peperangan alaf baru. Tidak lagi menghunus senjata memerah keringat untuk mangapai kemenangan tetapi hanya sekadar mengangkat pensil dan menterjemahkannya ke kertas undi. Jika yang diperangi adalah pihak musuh yang ingin membawa Islam ke arah kehancuran maka selayaknya dia disingkirkan dalam bentuk tidak memberi undi atau tidak memangkah parti tersebut. Sebaliknya jika diyakini bahawa pihak yang satu lagi bertanding membawa fahaman Islam yang syumul yang ingin menegakkan atau menerapkan daulah Islamiah ke dalam pemerintahannya maka menjadi kewajiban untuk memberi kemenangan ke atasnya. Jika inilah fahaman yang ada pada masyarakat di Kota Tinggi ini maka tidak mustahil warong lilin ini akan berubah wajah menjadi warung yang di sinari dengan cahaya kemenangan.
Lan --> mata-hijauku