Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

February 28, 2010

Ceramah Sambutan Maulidur Rasul


PASTI AL-FALAH (3), 27 Feb 2010, Tg Sedili : Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, PAS Caw Tg. Sedili tidak ketinggalan menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dengan pengisian yang padat.

Bermula dengan pengisian ilmu dan tazkirah bersama penceramah jemputan, Dr. Badrul Amin Bahron selaku Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR bersama-sama dengan Muslimat Tg Sedili berjalan dengan jayanya. Program yang bermula selepas solat Asar dihadiri kaum Muslimat yang berdekatan.

Pada sebelah malamnya, Ust Dr. Badrul Amin mengisi masa selepas solat Maghrib dengan menyampaikan tazkirahnya di surau Kg. Gembut. Program yang mendapat sambutan baik penduduk setempat memanfaatkan ruang dan peluang yang ada untuk menerima ilmu daripada seorang tokoh yang memang dikenali suatu masa dulu.

Sebelah malamnya seperti biasa ceramah Maulidur Rasul dimulakan dengan ucapan Saudara Syed Othman Bin Syed Abdullah, selaku individu yang bertanggungjawab menggerakkan Pusat Aduan Rakyat Zon Permas.



Beliau menyampaikan ceramah pada malam tersebut dengan membawa isu-isu tempatan yang berkisar mengenai masalah penduduk yang ditindas oleh pihak pemerintah. Syed Othman yang memang menonjol dalam membela nasib-nasib setinggan yang teraniaya atas alasan pembangunan menyampaikan ceramahnya sambil menayangkan slot video tentang laporan-laporan Polis yang telah dibuat bagi menggambarkan kepincangan pemerintahan Umno, BN.



Kemuncak kepada program ini iaitu ceramah agama bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul dengan penceramah undangan iaitu Ust Dr. Badrul Amin Bahron. Beliau memulakan ceramahnya dengan mengajak hadirin yang ada pada malam tersebut sama-sama membaca alunan zikir munajat. Suasana hening seketika dengan alunan zikir munajat.



Ust Dr. Badrul Amin dalam ceramahnya mengajak hadirin yang hadir sama-sama berfikir dan merenungkan permasalahan yang dihadapi di dalam negara ini dengan fakta-fakta yang dikaitkan dengan ajaran Islam. InsyaAllah, rakaman audio sedutan daripada ceramah beliau akan di masukkan di laman ini. Wallahualam.

~matahijauku~

February 25, 2010

February 24, 2010

Bicara di Facebook

Di dalam laman web sosial Facebook, di catatkan perbincangan hangat di antara Cybertrooper Umno, Papa Gomo dan juga pelakon utama kes liwat yang terkenal abad ini.

Meluat untuk mengulas akan kenyataan tersebut, saya serahkan kepada anda untuk menilainya.


~matahijauku~

February 22, 2010

Ceramah YB Hj Mahfuz Omar_Part 2

Sedutan Ceramah YB Hj Mahfuz Omar_Part 1

Sedutan Ceramah YB Hj Mahfuz Omar



KOTA TINGGI : Amat mendukacitakan apabila program ceramah yang awalnya di rancang di adakan di Taman Kuso berpindah ke Taman Hijrah atas desakan Umno, BN bagi memberi laluan kepada program BN bersama YB Dato' Halimah Sadique yang diadakan berhampiran dengan tapak ceramah.




Difahamkan permit ceramah yang telah dipohon oleh PAS Tenggara hanya dimaklumkan di saat-saat akhir setelah kesemua persediaan dilakukan bagi membolehkan program yang dikepalai Umno, BN diteruskan atas alasan menjaga keselamatan awam? Apa rasionalnya ceramah yang dilakukan boleh menggugat keselamatan awam? Sedangkan dilihat disepanjang program Umno, BN di kerah anggota RELA bertugas manakala anggota Polis dikerah satu batolion ke tapak ceramah bagi menakut-nakutkan rakyat yang ingin mengikuti program Pas.



Umno, BN bebas sesuka hati menggunakan premis sekolah untuk aktiviti mereka manakala Pakatan Rakyat yang menggunakan premis sendiri dinafikan hak mereka? Ternyata Umno, BN takut untuk menghadapi kebangkitan rakyat yang mula beralih minat mendengar ceramah penerangan anjuran Pakatan Rakyat dengan mengarahkan anggota keselamatan menyekat saluran yang ada yang hanya mampu digunakan oleh Pakatan Rakyat.



Terima kasih kepada pasukan Polis kerana menjadi asbab kepada rakyat untuk membenci kepada Umno, BN atas tindakan tersebut. Rakyat mulai faham bahawa pihak Polis menjadi tunggangan Umno, BN dalam usaha mengekalkan kuasa politik mereka yang tergugat.





February 21, 2010

GST - Pro & Kontra

Why must Singapore implement GST?
GST was introduced as part of a larger tax restructuring exercise, to enable Singapore to shift its reliance from direct taxes to indirect taxes. GST has also enabled Singapore to sustain a lower income tax rate. Being a tax on consumption, and not income, GST inherently encourages savings and investments.

Tinjau akan isu ini dari perspektif Cukai Pendapatan Individu (Individual Income Tax). Itu tidak menyentuh mengenai ketirisan cukai yang di kenakan kepada golongan korporat yang sukar untuk di mengerti.

Di Singapura, cukai peribadi tertinggi ialah 20 peratus. Itupun kalau pendapatan anda mencapai S$320,000 (RM768,000)ke atas dalam setahun.


Berbanding di Malaysia, cukai pendapatan bagi individu begitu tinggi!. Kadang kala naik pengsan ketika membayarnya. Gaji bukanlah besar mana, tetapi cukai yang menakutkan dan kena bayar secara beransur-ansur melalui Pungutan Cukai Berjadual (PCB) lagi setiap bulan selain kena menambah bayaran selepas declare pendapatan apabila di lihat ada ruang untuk di kenakan cukai.

Dulu ada terdengar cerita dari Al Jazeera di KL. Ramai wartawan mat salleh yang masuk bekerja di pejabat itu (di Petronas Towers 2) yang melonjak bila dapat kerja di sana. Gaji besar! Ada yang dapat RM20,000 sebulan, ada yang RM30,000 sebulan. Tetapi mereka terlupa untuk bertanya tentang cukai pendapatan di Malaysia. Pada penghujung tahun, semua meraung dan memaki hamun! Kena cukai 15-25 peratus!

(Pelajaran penting: Bila dapat kerja di luar negeri, jangan syok bila dapat gaji tinggi. Tanya 'hidden costs' seperti cukai pendapatan, harga menyewa rumah, harga makanan, membeli kereta, bayaran sekolah anak-anak).


Di Malaysia, cukai individu tertinggi ialah 27 peratus sebelum ini. Selepas ini cukai tersebut diturunkan ke 26 peratus.

Tapi cukai di Malaysia ini berhadapan dengan masalah besar untuk pembayar cukai seperti kebanyakan rakyat yang bertungkus lumus bekerja siang malam. Sebab kalau di Singapura, gaji tahunan di antara RM768,000 baru kena cukai 20 peratus. Di Malaysia, baru kena satu-pertiga dari itu - RM250,000 - dah kena 27 peratus! Iaitu sama juga jika gaji bulanan kita di Malaysia RM3,000, RM5,000 atau RM8,000. Cukainya tinggi jika dibanding dengan di Singapura atau Hong Kong. Susahlah bro.

Lihat jadual cukai di Singapura dan Malaysia lagi - jika di KL, gaji RM5,000 sebulan, atau RM60,000 setahun - cukai lebih kurang 12-19 peratus! Di Singapura, gaji sama, cukai hanyalah 5.5 peratus (ia mengikut kiraan kasar).

Jadi dengan GST di Malaysia, kita harap cukai individu ini akan turun mendadak. Ada harapan cukai di Malaysia jatuh sama dengan cukai di Singapura.

Dan sales tax (cukai penjualan) pun di tiadakan. Iaitu secara teori, harga barangan dan servis - seperti makan di restoran - kurang.

Pelihara Martabat Islam

KUALA LUMPUR: Wanita Umno akan bergerak lebih aktif untuk memelihara martabat Islam sebagai agama rasmi negara, namun pada masa sama tetap menghormati perbezaan pegangan agama dan kefahaman masyarakat majmuk sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara dan negeri. Laporan Metro Ahad dalam konvensyen Wanita Umno di PWTC baru-baru ini.

Umno sekali lagi cuba menonjolkan diri mereka sebagai pejuang Islam tulen di negara ini setelah isu-isu yang dijaja mereka sebelum ini menjadi bola tanggung kepada meraka. Laungan seperti ini acap kali kedengaran bila Umno bersidang dalam ruang lingkup parti perkauman tersebut tetapi nada yang sebaliknya kedengaran apabila duduk di pentas terbuka bersama-sama dengan parti perkauman lain yang bernaung di dalam BN.

Persoalannya apakah Umno serius untuk memelihara martabat Islam khususnya kedudukan wanita dalam Umno itu sendiri? Dalam Islam telah mengangkat dan meletakkan kedudukan wanita yang semulia-mulianya. Apakah tindakan mereka ini seiringan dengan tuntutan Islam dalam memartabatkan Islam dan kaum wanita?

Gambaran di sini memperlihatkan kesungguhan Umno dan kepimpinan Wanita Umno dalam menjustifikasikan kehendak Islam. Bukan tujuan untuk menghina tetapi mengambil sesuatu pengajaran daripanya.











February 19, 2010

Presiden PAS Selamatkan Mangsa Lemas



Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarga serta beberapa penduduk kampong, telah menyelamatkan Ahamad Mat Zin, 58, dari Kampung Pantai Rusila dari menjadi mangsa lemas.


Presiden yang berjiwa rakyat, tidak banyak protokol untuk bertemu dengannya
memperlihatkan kepimpinan melalui tauladan yang harus dicontohi.

February 17, 2010

XPDC Basikal Solo


Ketibaan XPDC Saudara Zainuddin di sambut oleh YDP Pas Kota Tinggi

KOTA TINGGI, bagi menyambut cabaran 1 Malaysia, seorang kakitangan Koperasi di salah satu Koperasi di Negeri Sembilan iaitu Saudara Zainuddin tidak ketinggalan dengan ekspedisi solo beliau dengan berbasikal mengelilingi Semenanjung Malaysia yang bermula pada 13 Feb 2010 yang lalu di Seremban dan dijangka berakhir pada 27 Feb 2010 juga di Seremban.


Beliau yang berumur 51 tahun mengambil inisiatif berbasikal secara solo yang bermula di Seremban pada 13 Feb 2010 yang telah di lepaskan oleh OCPD Seremban ketika itu. Dalam usia begitu, beliau gagahkan juga impian tersebut bagi menyahut cabaran 1 Malaysia.


YDP & Naib Ketua PKR Cabang Kota Tinggi memberikan sokongan moral

Keesokannya iaitu pada 14 Feb 2010, beliau tiba ke check point yang pertama iaitu di Muar dan pada keesokannya beliau bertolak dari Muar menuju ke Kota Tinggi dan selamat tiba ke sini pada jam 4.45 petang dengan di sambut oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Kota Tinggi.




Pada 16 Feb 2010, bermula jam 8:00 pagi beliau meneruskan kayuhannya dengan menuju ke Rompin.

Apa yang menjadi persoalannya di sini, program yang telah di susun bersama kerajaan negeri N9 ini mendapat sambutan yang hambar di dua check point berikutnya. Walaupun XPDC ini di rangka bagi memperlihatkan kesungguhan rakyat Malaysia berbasikal secara solo menjelajah Semenanjung Malaysia, namun sambutan yang diterima beliau tidak memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeri yang lain dalam memenuhi aspirasi 1 Malaysia ini.

Yang lebih menghairankan lagi, hasil tinjaun didapati pihak berkuasa tempatan seperti pasukan Polis, Hospital dan kerajaan tempatan tidak mendpat maklumat mengenai XPDC ini? Seperti yang difahamkan oleh Saudara Zainuddin, XPDC ini mendapat sokongan daripada kerajaan Negeri Sembilan dan usaha beliau seolah-olah dipandang sinis oleh pihak-pihak lain.

Apa motif di sebaliknya?



XPDC diteruskan ke Rompin dengan di lepaskan oleh YDP Pas Kota Tinggi

~matahijauku~