Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

July 24, 2008

SEMBANG WARONG LILIN

UMNO TERDESAK?

Gawat, haru-biru, tonggang terbalik. Itulah ungkapan sesuai bagi menilai iklim politik tanahair. Bermula dengan kisah Altantuya, gadis rupawan Mongolia yang menjadi mangsa kerakusan manusia Melayu, keberanian Raja Petra dengan akuan bersumpahnya yang mengaitkan dengan golongan bangsatwan UMNO, diikuti rapat dengan akuan bercelaru penyiasat persendirian P. Bala, memesongkan pandangan tadi kepada isu kaum Nabi Luth yang boleh dikatakan satu kenangan yang berdarah kembali dan klimaknya isu muzakarah UMNO-PAS, dua entiti berbeza sama sekali walaupun mempunyai persamaan dari segi keahliannya.

Umum menyedari, polemik politik tanahair cuba di alih pandang dengan membangkitkan isu-isu yang boleh mencetuskan pro dan kontra di kalangan rakyat bawahan. Ketika UMNO bergolak dengan masalah dalaman yang tiada berkesudahan dan menunggu masa untuk tercabut nyawanya oleh golakan perasaan rakyat yang mula menyedari akan ketemberangan pemimpin UMNO yang gemar mencetuskan isu perkauman di kala tersepit di celah-celah kebangkitan rakyat untuk menerima perubahan. UMNO cuba mengalihkan bahang tsunami yang melanda mereka dengan cuba berkongsi bahang tersebut dengan PAS yang ketika ini cukup bersyukur dengan nikmat kemenangan yang Allah berikan pada PRU 12 yang lepas. UMNO memang tersepit ketika ini, seperti anjing yang tersepit di celah-celah tayar lori tangki najis Indah Water dan menyalak sekuat hati meminta perhatian. UMNO menyalak di media perdana dengan menyatakan ingin bermuzakarah dengan PAS seolah-olah minta PAS melepaskan anjing yang tersepit tadi. Tapi PAS lebih awal menyedari dan belajar dari kesilapan lalu. Anjing yang tersepit jika di lepaskan dari celah-celah tayar tersebut besar natijahnya untuk di gigit kembali. PAS tidak mudah menari mengikut gelanggang tarian yang di sediakan oleh UMNO.

Apa sebenarnya yang ingin di sembunyikan dengan membangkitkan isu muzakarah ini yang akhirnya di tukar kepada muqabalah oleh Majlis Syura semalam? Banyak sekali kebobrokan pemerintahan kerajaan yang di pimpin UMNO, BN ini yang tidak mampu lagi di tutup umpama bangkai gajah yang hendak di tutup dengan daun pisang. Inilah pegangan pemimpin UMNO yang mengamalkan politik Machivali iaitu matlamat menghalalkan cara. Mereka bukan serius hendak mengembalikan ekonomi negara ke landasan yang betul sebaliknya sibuk mengalpakan pandangan rakyat untuk terus membongkar kisah pemimpin UMNO ini. Lihatlah ketika ini dengan kenaikan inflasi yang meningkat seperti yang di umumkan oleh Menteri Shahrir Samad bahawa negara sekarang sedang berhadapan dengan indek harga pengguna (CPI-Consumer Price Index) yang paling tinggi dalam sejarah negara selama 27 yang lepas iaitu pada tahap 7.7% kesan daripada kebijaksanaan pemimpin UMNO menaikkan harga bahanapi baru-baru ini. Bulan Mei yang lepas, indeks harga pengguna ini baru sekitar 3.8% dan baru dua bulan berlalu kesannya terus di rasai. Rakyat makin merasai penderitaan kesan kenaikan harga bahanapi tersebut. Kemarahan rakyat masih belum reda walaupun di gula-gulakan dengan pemberian rebat baru-baru ini. Rakyat sebenarnya menantikan suatu perubahan pemerintahan yang lebih berkalibar dan berkeupayaan menerajui ekonomi negara ke tahap yang lebih selesa. Rakyat bukannya hendak mendengar tukang-tukang karut pemimpin UMNO yang hanya pandai berpura-pura kononnya turut sama merasai penderitaan rakyat bawahan.

Kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), permaianan UMNO ini layaknya di mainkan di gelanggang gasing yang di bina mereka di persimpangan Kg. Makam. Biar mereka yang menjerut gasing tersebut tanpa Pakatan Rakyat perlu gusar. Manusia belajar dari sejarah. Allah menurunkan Al-Quran yang di dalamnya penuh dengan pengajaran yang di ambil dari sejarah silam. Allah mengajar manusia melalui junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w supaya mengkaji isi kandungan Al-Quran untuk dijadikan sebagai rujukan. Bukannya membongkar kitab suci hanya untuk di jadikan puisi dan mencari harta peninggalan abadi untuk anak bini.

~matahijauku~

July 17, 2008

"Subsidi" - Bila Raayat adalah" Sang Bedal yang dibodohi Sang Kancil"

Inilah salah satu perkataan yang tidak ramai raayat ingin ambil berat dan ambil tahu disegi makna dan pengertian sebenar. Yang pastinya perkataan “subsidi’ inilah menjadi bahan mempertahankan kewajaran politik pemerintah hari ini-BN. Saban hari melalui media massa milik parti politik BN baik surat khabar harian, mingguan, tv dan apa sahaja sistem penyampaian maklumat digunakan bagi menterjemahkan perkataan subsidi mengikut pandangan dan pengertian politik dari kerajaan yang diteraju BN.

Subsidi, dijadikan alasan dan faktor perbandingan dalam apa juga bentuk tindakan dan rasional bilamana satu-satu keputusan yang dibuat melibatkan kepentingan raayat.

Tiada ketelusan, tiadanya keikhlasan malah kerana tiada sikap keadilan inilah perkataan subsidi terus digunakan sebagai, gendang propaganda politik yang meloyakan lagi murahan. Saya kira majoriti raayat dinegara tidak pasti apakah subsidi itu sebenarnya, makna serta tujuannya.

Maka raayat terus merasa, kerajaan pemerintahan BN selama lebih 50 tahun ini telah melakukan yang terbaik untuk mereka. Dimana subsidi yang diberikan kerajaan inilah justifikasi kenapa masih ada lagi segolongan raayat terus menyokong dan mengundi BN.

Kononnya kerajaan pimpinan BN ini baik, dan selalu mendahulukan raayat terbanyak dengan ungkapan propaganda “tradisi membela raayat” “Jasa kepada Raayat –JKR” terus dicanangkan dan ditanam dalam jiwa setiap raayat yang lemah dan kurang daya berfikir.

Jadi raayat memahamkan subsidi itu samalah dengan bantuan bukannya kewajipan. “Not A Responsibility, but given”

Kita ambil contoh ini sebagai pemahaman tentang subsidi:
Tuan Abdullah adalah pelombong pasir, yang diberi lesen oleh Pejabat Tanah Daerah. Setiap 5 tan pasir yang dijual harganya RM500.00. Harganya memanglah murah sedikit dari harga pasaran semasa iaitu RM700.00 setiap 5 tan. Pasir sememangnya hasil bumi yang banyak terdapat terutamanya di pisisiran pantai-anugerah tuhan yang tiada tanda harga.

Jadi Tuan Abdullah mengatakan, walaupun harga pasaran RM700.00 setiap 5 tan, tetapi dia menjual hanya pada kadar RM500.00 setiap 5 tan, secara tak langsung dia memberi subsidi RM200.00 setiap 5 tan. Walaupun dia rugi sedikit tak apalah kerana “tradisi membela” dan “Jasa pada raayat” itu lebih utama.

Soalan: Adakah Tuan Abdullah rugi RM200.00 atau untung RM500.00? dan RM200.00 itu dipanggilnya subsidi.
Jawapannya: Tuan Abdullah masih lagi untung RM500.00 (tolak kos melombong pasir/cukai RM50.00 setiap 5 tan) RM 450.00. Kerana pasir adalah anugerah tuhan tak payah buat pasir pun. Jadi yang sebenar tidak tepat mengunakan perkataan subsidi itu sendiri.

Kerajaan BN mengatakan itulah subsidi, kerana menganggap minyak yang dihasilkan oleh bumi bertuah ini adalah milik seseorang. Disini milik kerajaan BN yang memerintah. Raayat mesti akur dan mesti menerima kenyataan ini – kerana subsidi yang diberi kerajaan BN adalah kebaikan dan keprihatinan kerajaan BN terhadap raayat. Soalnya siapakah itu kerajaan? Adakah kerajaan BN ini sama dengan Barisan Nasional Sdn Bhd atau entiti niaga korporat multinational yang tersenarai di BSKL?

Maka subsidi yang diberikan adalah pemberian syarikat BN diatas dan bukan hak raayat!!!

Raayat mesti ingat “ tangan yang memberi subsidi lebih mulia dari tangan yang menerima – raayat” itulah hujah keparat yang membungkam fikiran raayat yang diperkudakan dan dibodohkan.

Seharusnya raayat mesti sedar, minyak adalah milik raayat dinegara ini kerajaan BN hanyalah pemegang amanah bagi pihak raayat.

Jadi, ungkapan subsidi tidaklah tepat sejak dari mula lagi. Inilah istilah-istilah negatif serta busuk dan hina yang tanam dalam pemikiran raayat teritamanya kepada orang melayu.
Tiada negara-negara membangun dan yang telah membangun mengunakan istilah ini kepada raayatnya.

Hanya negara yang dipimpin oleh mereka yang tidak telus,diktator dan salah guna kuasa sahaja yang seringkali mengungkapkannya.
Malah istilah atau perkataan subsidi begitu leluasa digunakan oleh mereka yang memegang tampuk pemerintahan. Hampir semua harga barangan keperluan harian untuk raayat diberikan subsidi oleh kerajaan. Inilah jasa kerajaan yang paling besar kepada raayat… kononnya, supaya raayat dapat hidup dalam keadaan selesa.

Hakikatnya…… raayat bertambah susah dan perit untuk menjalani hidup seharian,keperluan keluarga dan rapuhnya masa depan yang makin menyesakan nafas.
Kadar inflasi yang melonjak naik di sebabkan tingginya harga minyak, bilamana setiap barangan dan kos perkhidmatan turut naik setiap tahun tanpa nampak noktahnya.
Umumnya, kesannya kepada raayat dalam pelbagai bentuk dan pada kadar yang berbeza, mengikut jumlah pendapatan isi-rumah.Ada yang terjejas sedikit ada yang menderita teruk setelah harga minyak dinaikan begitu tinggi.

Tetapi yang pastinya, majoriti raayat yang terkesan diatas kenaikan harga minyak kali ini. Malah visi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada dekad yang akan datang semakin kabur dan tidak jelas lagi. Bilamana taraf dan mutu kehidupan raayat terus merosot dan tercicir jika dibandingkan dengan negara sedang menuju maju yang lain.

Kerajaan BN yang ada sekarang terus, memberi alasan yang retorik tidak mampunya kerajaan BN meneruskan subsidi kerana harga minyak yang melambong naik dipasaran global.

Kita tidap menafikan akan kesannya kepada negara,secara relatif teori ekonomi pasaran bebas yang kita sertai.Sudah pasti kenaikan kos baik dalam apa juga bentuk kegiatan akan meningkat disebabkan kenaikan harga minyak di peringkat global.

Soalnya mengapa kenaikan harga minyak dinegara ini terlalu tinggi?
Janganlah dibuat perbandingan dengan negara-negara yang tidak pun ada minyak untuk digali. Mengapa harus dibandingkan taraf pembangunan dan harga minyak yang tinggi dengan negara-negara yang telah maju dimana kadar pendapatan dan taraf hidup raayat jauh lebih baik dari raayat negara ini?

Ini satu helah jijik dan bodoh untuk menidakan ilmu ekonomi yang sebenar.Janganlah mengangap raayat tidak ada pengetahuan tentang ekonomi, asas dan makronya.
Itulah, kebenarannya, raayat terus disuap dengan alasan-alasan yang begitu murah setaraf dengan hujah sang-kancil membodohi sang bedal.

July 16, 2008

Debat "Hari Ini Memerintah : Esok Minyak Turun"

Maka berakhirlah bicara diskusi atau debat yang selama ini dinanti-nantikan oleh sekalian rakyat Malaysia. Biarpun ada yang menjangkakan ia akan dibatalkan atau tidak dibuat secara langsung. Namun semuanya kini menjadi kenyataan. Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan UMNO , Shabery Chek telah disiarkan terus menerus selama satu jam iaitu kurang dari jadual asalnya. Pengantara popular Johan Jaafar sekali lagi dipilih untuk menjadi hos rancangan berkenaan. Tahniah diucapkan kepada Johan Jaafar yang lebih nampak profesional pada kali ini cuma ada ketikanya mirip kepada membela Shabery Chek ketika lari dari topik apabila di ajukan soalan oleh Saudara Zilkifli Sulong. Apabila Saudara Zulkifli Sulong cuba untuk mengembalikan soalan yang tadinya masih tidak di jawab malah Shabery Chek dilihat merapu meraban untuk kembali ke soalan dasarnya maka tugas Johan Jaafar memainkan peranan utama dalam menjaga maruah Shabery Chek. Nampaknya tidak sia-sia di beri nama Johan kerana ianya sentiasa membesar sebagai Johan..(macam iklan susu). Ternyata homework yang dilakukan oleh Shabery Chek dengan lawatan ke Venezuale bagi mengkaji dan membandingkan kesan inflasi kenaikan harga minyak di negara tersebut seperti yang diperkatakan oleh beliau sendiri hanyalah retorik dan membuang duit rakyat sekiranya lawatan tersebut atas nama kementerian penerangan yang mana hasilnya dapat diterjemahkan dengan isikandung yang diluahkan dalam perdebadatan tersebut.

Debat yang dibahagikan kepada beberapa segmen itu turut menampilkan wakil masing-masing iaitu Nordin Kadri untuk Shabery dan Zulkifli Sulong dari Siasah untuk Anwar. Biar pun masa yang diambil untuk kedua-dua pendebat agak pendek dan terlalu cepat namun jelas dapat dilihat kewibaan terletak kepada mantan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Benarlah kata beliau sebelum ini Menteri UMNO itu tidak layak untuk berdebat dengannya. Beliau lebih rela berhadapan dengan Pak Lah dan Najib, daripada budak hingusan seperti Ahli Parlimen Kemaman yang tidak sedar diri itu.

Banyak soalan dan kenyataan merapu telah dikeluarkan oleh Shabery. Anwar beberapa kali menempelak beliau kerana lari dari tajuk dan membuat hujah peribadi pasal Anwar. Tajuk debat "Hari Ini Memerintah: Esok Minyak Turun" tidak sesuai untuk Shabery. Beliau lebih banyak mengungkit kisah lama, dan menggunakan isu yang sama bahawa minyak naik kerana mengikut harga minyak dunia. Dari segi kadar inflasi pula, beliau banyak membandingkan dengan negara yang harga minyaknya lebih rendah seperti Venezuale, Iran, Iraq dan lain-lain lagi. Pernyataan beliau itu banyak dimatikan oleh Anwar dengan hujah-hujah yang cukup bernas dan bertenaga.

Antara hujah Anwar yang cukup melekat dihati rakyat ialah , jika kerajaan boleh berbelanja hampir RM13 bilion untuk menyelamatkan Perwaja kenapa kerajaan tidak boleh langsung untuk belanja hanya RM1 bilion untuk turunkan harga minyak sekitar 50 sen. Itu belum lagi dengan langkah kerajaan yang lain. Kenapa bila membantu rakyat dikatakan "subsidi" tapi bila membantu syarikat kroni dikatakan "bail-out", bila bantu golongan korporat dikatakan "insentif". Kenapa berlaku begitu? Anwar kecewa dengan istilah subsidi yang dikaitkan dengan bantuan untuk rakyat. Kenapa dibeza-bezakan oleh kerajaan?

Dalam pada itu, Shabery pula lebih banyak merapu dan tidak menjawab soalan yang ditanya. Hinggakan Zulkifli Sulong agak pening dengan jawapan beliau perihal kerajan menyelamatkan hampir RM4.2 bilion ketika minyak naik 30 sen awal tahun lalu. Janji kerajaan untuk menaiktaraf prasarana pengangkutan awam, tapi hanya sekitar RM700 juta sahaja yang digunakan sehingga kini. Maka apa lagi alasan dengan naik 78 sen dan kerajaan bakal perolehi keuntungan hampir RM13 bilion. Apakah lagi alasan kerajaan untuk membelanja wang sebanyak itu, jika sebelum inipun kerajaan sudah tipu rakyat bagaimana pula kali ini. Namun jawapan profesional yang dinantikan dari Shabery ternyata gagal. Hujah beliau mengarut dan merapu. Banyak menghentam peribadi Anwar hingga sesekali Anwar menjeling tanda kecewa.

Banyak lagi hujah lain Anwar yang ternyata memberi impak positif kepada rakyat dan Pakatan Rakyat. Maklumat yang diterima, ramai rakan-rakan dalam UMNO yakin dengan hujjah bernas Anwar. Mereka juga kecewa dengan Shabery yang tidak setaraf dengan jawatannya sebagai Menteri Penerangan yang masih tidak terang-terang hatinya menerima kebenaran dan kenyataan. Maka itu, seperti yang dijanjikan Shabery harus meletak jawatan dan Pak Lah perlu mencari orang lain untuk mengambil alih jawatan tersebut. Itulah "cagaran" yang dibuat oleh beliau sebelum ini. Beliau bolehlah diistilahkan "syok sendiri" dan meraban semacam. Beliau langsung tidak fikir yang berada dihadapannya adalah golongan cendiakawan, profesional, terpelajar dan bangsawan. Mereka semua memandang sinis kepada kedangkalan hujah Shabery Chek, si Menteri UMNO yang tidak sedar diri itu. Shabery Chek perlu bertanggungjawab atas kegagalan dan kedengkilan mutu perbahasan beliau dengan mengotakan janji beliau iaitu meletakkan jawatannya sebagai Menteri. Apapun kita nantikan apa pula cerita terbaru Anwar selepas ini.








~matahijauku~

July 04, 2008

Demonstrasi Turun Harga Minyak

Jumaat, 4 Julai 2008 jam 1:45 petang bertempat di perkarangan tempat letak kereta berhampiran dengan Plaza Kotaraya Johor Bahru, perhimpunan aman menuntut tindakan siuman Kerajaan Be End agar menurunkan harga minyak yang sukar di terima oleh kebanyakan rakyat pertengahan dan bawahan. Perhimpunan di anjurkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Johor dengan ucapan bersilih ganti bermula dengan Sdr Onn Jaafar selaku penyelaras program, Tn Hj. Zulkifli (TPJ), Ust Abdullah Hussin (Dewan Ulama), Ketua Pemuda PAS Sdr Khairul Faizi, dan lain-lainnya daripada kepimpinan PAS Negeri Johor, bekas calon Tanjung Puteri, kepimpinan Kelab Penyokong PAS Kaum India, kepimpinan DAP dan PKR. Laungan takbir di selang seli dengan laungan turun BeEnd, Makhal Sakhti bergema memecah kesibukan persekitaran Kompleks Kotaraya. Perhimpunan yang berlangsung dengan aman ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pasukan keselamatan yang mengawal perhimpunan ini daripada gangguan pihak luar. Maknanya para demontrasi tersebut mendapat pengawalan yang kemas daripada pihak berkuasa dengan mengawasi setiap pergerakan kumpulan ini untuk memastikan setiap rakyat yang turun berdemonstrasi berada dalam keadaan selamat daripada provokasi pihak luar.

Syabas kepada semua yang turut menjayakan perhimpunan menuntut penurunan harga minyak. Sekurang-kurangnya kita bukanlah tergolong daripada golongan burung belatuk UMNO, Be End (UMNO GLOKAL - baca : UMNO goblok yang kekal) yang merestui pemimpin mereka menyokong kenaikan harga minyak semasa di Parlimen baru-baru ini. Ini menunjukkan cara protes kita agar pemimpin melihat ketidakpuasan hati rakyat bawahan mereka. Bukannya dengan cara memperbodohkan pemikiran rakyat dengan sogokan propaganda murahan tentang perubahan gaya hidup, kena mengamalkan sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan harian, mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan sebagainya nasihat yang memualkan seolah-olah selama ini rakyat memang hidup bermewah-mewahan, berpoya-poya dengan kekayaan, bercuti ke luar negara dan mengamalkan cara hidup yang boros. Mereka lupa bahawa segala nasihat tersebut hanya layak diberikan kepada pemimpin di kalangan UMNO, Be End yang hidup kaya melebihi pendapatan mereka. Bukannya rakyat pertengahan dan bawahan yang perlu di nasihati kerana bagi golongan ini mereka memang cukup berhati-hati dalam mengeluarkan setiap sen yang perlu di belanjakan.

Dalam perhimpunan tadi juga memperlihatkan sokongan daripada pemandu-pemandu yang melalui jalan tersebut yang turut membunyikan hon kenderaan masing-masing. Lucu sekali apabila terdapat pegawai keselamatan memarahi pemandu yang membunyikan hon kenderaan masing-masing apabila melintasi kawasan perhimpunan. Mungkin selepas ini pegawai keselamatan yang di tugaskan mengawal perhimpunan seperti ini di galakkan memakai ’ear plug’ kalau tidak menyukai bunyi hon kenderaan. Sekali lagi syabas kepada semua yang terlibat, terutama sekali kepada kepimpinan PAS Kaw Kota Tinggi berserta dengan Dewan Pemuda & Dewan Muslimat yang prihatin di atas kesengsaraan rakyat bawahan atas sikap pemimpin UMNO Be End yang seronok menzalimi rakyatnya apabila mereka di lantik oleh rakyat yang menyokongnya. Namun ini adalah saat-saat awal bahawa isyarat yang disampaikan oleh rakyat atas tindakan tidak logik kerajaan dalam menaikkan harga minyak. Kita nantikan protes rakyat dalam siri perhimpunan yang lainnya.










~matahijauku~

July 03, 2008

Saiful Bukhari Azlan Mempunyai Rekod Polis

Percaya atau tidak, mamat sorang ni yang mendakwa di liwat oleh DSAI mempunyai 7 rekod saman PDRM. Kesemuanya melibatkan kes bawa kenderaan laju pada waktu 10 ~ 11 am. Rasanya mamat ni dah desperade kot! Maklumlah nak selesaikan 7 saman ni..kalau tak kene masuk lokap lak!!



~matahijauku~

June 29, 2008

Assalamu'alaikum... tazkirah hari ini

Kiriman: ~ melukut.com ~

JURUDAKWAH YANG TIDAK GENTAR

Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud menyebabkan bangkitnya kemarahan orang-orang badwi di sekitar Madinah untuk mencemuh dan mengungkit-ngungkit dendam lama yang sebelumnya sudah terpendam. Namun tanpa curiga sedikit pun Rasulullah memberikan sambutan baik atas kedatangan sekelompok pedagang Arab yang menyatakan keinginan sukunya hendak mendengar dan memeluk Islam.

Untuk itu mereka meminta para jurudakwah dikirimkan ke kampung suku itu. Rasulullah s.a.w meluluskan. Enam orang sahabat yang alim diutus untuk melaksanakan tugas tersebut. Mereka berangkat bersama para pedagang Arab itu. Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah kekuasaan suku Huzail, para pedagang itu tiba-tiba melakukan pengurangan atas keenam sahabat Rasulullah s.a.w, sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail. Keenam pendakwah itu dengan pantas menghunus senjata masing-masing dan siap mengadakan perlawanan, setelah insaf bahwa mereka tengah dijebak.

Para pedagang yang licik tadi berteriak, "Sabar saudara-saudara. Kami tidak bermaksud membunuh atau menganiayai kalian. Kami cuma mahu menangkap kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai budak belian. Keenam sahabat Rasulullah s.a.w itu tahu nasib mereka bahkan lebih buruk daripada terbunuh dalam pertarungan tidak berimbang itu. Kerana mereka segera bertakbir seraya menyerang dengan tangkas. Terjadilah pertempuran seru antara enam pendakwah berhati tulus dengan orang-orang yang beringas yang jumlanya jauh lebih besar.

Pedang mereka ternyata cukup tajam. Beberapa orang lawan telah menjadi korban. Akhirnya tiga sahabat tertusuk musuh dan langsung gugur. Seorang lagi dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua orang; Zaid bin Addutsunah dan Khusaib bin Adi. Apalah daya dua orang pejuang, betapa pun lincahnya perlawanan merek, menghadapi begitu banyak musuh yang tangguh ? Selang beberapa saat sesudah jatuhnya empat sahabat tadi, kedua orang itu dapat dilumpuhkan dan belenggu. Lalu mereka diangkut menuju pasar budak di Makkah. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah. Ayah Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah majikan Bilal dan Amir bin Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada budak-budaknya. Bilal pernah disalib di atas pasir dan dijemur di tengah teik matahari dengan badan ditindihi batu. Untung Bilal ditebus oleh Saiyidina Abu Bakar Assidiq dan dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian terkenal sebagai sahabat dekat Rasulullah s.a.w. dan diangkat sebagai Muazin, tukang azan.

Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf berhadap-hadapan dengan bekas budaknya itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya dalam pertempuran yang sengit satu lawan satu. Adapun Khubaib bin Adi diambil oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan yang sama seperti maksud Shafwan membeli Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk membalas dendam kebencian mereka kepada umat Islam. Maka oleh orang-orang Quraisy, Zaid diseret menuju Tan'im, salah satu tempat untuk miqat umrah. DI sanalah Zaid akan dijalani hukuman pancung, buatkan sesuatu yang ia tidak pernah melakukannya, iaitu terbunuhnya Umayyah bin Khalaf, ayahanda Shafwan.

Menjelang algojo menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin Abu Sufyan bertanya garang, "Zaid bedebah, apakah engkau senang seandainya di tempatmu ini Muhammad, sedangkan engkau hidup tenteram bersama keluargamu di rumah ?"

"Janganlah begitu," bantah Zaid dengan keras. "Dalam keadaan begini pun aku tidak rela Rasulullah tertusuk duri kecil di rumahnya."

Abu Sufyan menjadi marah. "Bereskan," teriaknya kepada algojo. Dalam sekelip mata, sebilah parang berkilat di tengah terik matahari dan darah segar menyembur keluar. Zaid bin Abdutsunah gugur setelah kepalanya dipotong, menambah jumlah penghuni syurga dengan seorang syuhada' lagi.

Di hati Abu Sufyan dan orang-orang Quraisy lainnya timbul keheranan akan kesetiaan para sahabat kepada Muhammad. Sampai tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum, "Aku tidak pernah menemui seorang yang begitu dicintai para sahabat seperti Muhammad."

Sesudah selesai pemancungan Zaid, datang pula rombongan lain yang menyeret Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang berlaku di seluruh Tanah Arab, kepada pesalah yang dijatuhi qisas mati diberikan hak untuk menyampaikan permintaan terakhir. Demikian juga Khubaib. Juru dakwah yang bestari ini meminta izin untuk solat sunnah dua rakaat. Permohonan tersebut dikabulkan. Dengan khusyuk dan tenang, seolah-olah dalam suasana aman tenteram tanpa ancaman kematian, Khubaib melaksanakan ibadahnya sampai selesai.

Setelah salam dan mengangkat dua tangan, ia berkata, "Demi Allah. Andaikata bukan kerana takut disangka aku gentar menghadapi maut, maka solatku akan kulakukan lebih panjang." Khubaib disalib dahulu lalu dihabisi sepertimana dilaksanakan ke atas Zaid bin Abdutsunah. Jasadnya telah lebur sebagaimana jenazah lima sahabatnya yang lain. Namun semangat dakwah mereka yang dilandasi keikhlasan untuk menyebarkan ajaran kebenaran takkan pernah padam dari permukaan bumi. Semangat itu terus bergema sehingga makin banyak jumlah pendakwah yang dengan kekuatan sendiri, atas biaya peribadi, menyelusup keluar-masuk pedalaman berbatu-batu karang atau berhutan-hutan belantara buat menyampaikan firman Tuhan menuju keselamatan.

~ Tahu diri hamba belum memadai, hati merasa hamba itulah yang dicari ~

June 28, 2008

Very Interesting facts on Petrol Hike Issue

WHAT IS NEVER MENTIONED IN Mainstream Media like NST/The Star/ Utusan/BH are these facts....

Malaysian Per Capita Income USD 5000 VS
Singapo
rean Per Capita Income USD 25000

Further The Star made a comparison of prices in Thailand , Singapore and Indonesia. For Thailand it is quoted at RM3.90/liter, however are they aware that in Thailand new cars are cheaper than Malaysia by RM10,000? They pay only one life time for their driving license? No renewal fee after that? Also that goes for road tax as well? And do The Star also aware that you can drive all the way from Hadtyai to Bangkok on a six lane highway without paying any Tolls ??!!

Whereas here in Malaysia you have to pay yearly renewal for road tax, driving license and TOLLS, TOLLS, TOLLS!!!
For Singapore
how can you quote RM 5.20 ? Please quote in Singapore Dollars because they are earning in Sing Dollars. You might as well say Europeans are paying RM10/liter. RM5.20/liter = Sing $ 2.20/liter, still cheaper than Malaysia in view of fact that Singapore is not a crude oil exporter. Are you saying that you fill up petrol in Singapore by paying Ringgit?

In economy, dollar to dollar must be compared as apple to apple. Not comparing like durian in M'sia is much cheaper than durian in Japan
!! Of course-lah, Japan is not durian producer!!! Comparing Malaysian durian with Thailand durian make more sense!!

For Indonesia
we might say is cheaper there at RM2.07/liter but compare that to their level of income!. Now, let us compare the price with OIL PRODUCING countries :

>>> UAE RM1.19/litre
>>> Eygpt RM1.03/litre
>>> Bahrain
RM0.87/litre
>>> Qatar
RM0.68/litre
>>> Kuwait
RM0.67/litre
>>> Saudi Arabia
RM0.38/litre
>>> IranRM0.35/litre
>>> Nigeria
RM0.32/litre
>>> Turkmenistan
RM0.25/litre
>>> Venezuela
RM0.16/litre
>>> MALAYSIA
RM2.70/litre

RM 2.70!!! Individual perspective:
As of last month a Toyota Vios would 'cause a damage' of about RM 89,000. In the international market, a Toyota Vios is about USD 19,000 USD 19,000 = RM 62,700 (using the indicative rates of USD 1 = RM 3.30) That makes Malaysian Vios owners pay an extra RM 26,300.

This RM 26,300 should be cost of operations, profit and tax because the transportation costs have been factored in to the USD 19,000. RM 26,300/ RM625 petrol rebate per year translates to a Vios being used for 42.08 years. I do understand that the RM 625 is a rebate given by the government, but it also means that one has to use the Vios for 42.08 years just to make back the amount paid in taxes for the usage of a foreign car. Would anyone use any kind of car for that long? Now with these numbers in front of us, does the subsidy sound like a subsidy or does it sound like a penalty? This just seems to be a heavy increment in our daily cost of living as we are not only charged with high car taxes but also with a drastic increase in fuel price.

With all the numbers listed out, I urge all Malaysians to join me in analyzing the situation further.

Car taxation is government profit, fuel sales is Petronas' (GLC) profit which also translates into government profit. The government may ridicule us Malaysians by saying look at the world market and fuel price world wide. Please, we are Malaysians, we fought of the British, had a international port in the early centuries (Malacca), home to a racially mixed nation and WE ARE NOT STUPID!!!

We know the international rates are above the USD 130/barrel. We understand the fact that the fuel prices are increasing worldwide and we also know that major scientist are still contradicting on why this phenomenon is happening. Some blame Bush and his plunders around the world
and some blame climate change and there are others which say petroleum 'wells' are getting scarce.

Again we go back to numbers to be more straight fwd

1 barrel = 159 liters x RM2.70/liter = RM 429 or USD 134. On 1 hand, we are paying the full cost of 1 barrel of crude oil with RM2.70 per liter but on the other hand the crude oil only produces 46% of fuel.

Msia sells crude oil per barrel at USD130 buys back Fuel per barrel at USD134. And not forgetting, every barrel of fuel is produced with 2 barrels of crude oil.

>>> 1 barrel crude oil = produce 46% fuel (or half of crude oil), therefore
>>> 2 barrel crude oil = approximately 1 barrel fuel

In other words, each time we sell 2 barrels of crude oil, equivalently we will buy back 1 barrel of fuel. Financially, Malaysia sell 2 barrel crude oil @ USD 130/barrel = USD 260 = RM 858 then, Malaysia will buy back fuel @ USD 134/barrel = RM 442/barrel. Thus, Malaysia earn net extra USD 126 = RM 416 for each 2 barrel of crude sold/exported vs imported 1 barrel of fuel !!!

>>> (USD 260-134 = USD 126 = RM416)

So where this extra USD 126/barrel income is channeled to by Malaysian Govt???????? ?

Another analysis:
>>> 1 barrel crude oil = 159 liters.
>>> 46-47% of a barrel of crude oil = fuel that we use in our vehicles.
>>> 46% of 159 = 73.14 liters.
>>> @ RM 2.70/liter x 73.14 liter = RM197.48 of fuel per barrel of crude oil.
This is only 46% of the barrel, mind you. Using RM 3.30 = USD 1, we get that a barrel of crude oil produces USD 59.84 worth of petrol fuel (46% of 1 barrel).
USD 59.84 of USD 130/barrel turns out to be 46% of a barrel as well.

Another 54% = bitumen, kerosene, and natural gases and so many more. And this makes a balance of USD 70.16 that has not been accounted for.

So this is where I got curious. Where is the subsidy if we are paying 46% of the price of a barrel of crude oil when the production of petrol/barrel of crude oil is still only 46%?

In actual fact, we still pay for this as they are charged in the forms of fuel surcharge by airlines and road taxes for the building of road (because they use the tar/bitumen) and many more excuse charging us but let us just leave all that out of our calculations.

As far as I know, only the politicians who live in Putrajaya and come for their Parliament meetings in Kuala Lumpur
(approximately 60+ km) are the ones to gain as they claim their fuel and toll charges from the money of the RAKYAT's TAX.

It is so disappointing to see this happen time and time again to the Malaysian public, where they are deceived by the propaganda held by the politicians and the controls they have over the press.

Which stupid idiot economist equates rebates for rich or poor with the cc of the vehicles? An average office clerk may own a second hand 1300cc proton Iswara costing $7,000 (rebate = $625) while the Datuk's children can own a fleet of 10 new cars of BMW, Audi and Volvo all less than 2000cc costing $2 millions and get a total rebate of $625 x 10 = $6,250! Wow what kind of economists we are keeping in Malaysia
....wonder which phD certificate that they bought from...

Misleading concept of Subsidy:
The word 'subsidy' has been brandished by the BN government as if it has so generously helped the rakyat and in doing so incurred losses. This simple example will help to explain the fallacy:

>>> Example:
Ahmad is a fisherman. He sells a fish to you at $10 which is below the market value of $15. Let's assume that he caught the fish from the abundance of the sea at little or no cost. Ahmad claims that since the market value of the fish is $15 and he sold you the fish for $10, he had subsidised you $5 and therefore made a loss of $5.

>>> Question : Did Ahmad actually make a profit of $10 or loss of $5 which he claimed is the subsidy?

>>> Answer:
Ahmad makes a profit of $10 which is the difference of the selling price ($10) minus the cost price ($0 since the fish was caught from the abundance of the sea). There is no subsidy as claimed by Ahmad.

The BN government claims that it is a subsidy because the oil is kept and treated as somebody else's property (you know who). By right, the oil belongs to all citizens of the country and the government is a trustee for the citizens. So as in the above simple example, the BN government
cannot claim that it has subsidised the citizen!

~matahijauku~

Fikirkan Sejenak..

Apakah tanggungjawab anda kepada pemimpin dan apakah tanggungjawab pemimpin kepada anda?

Ketika rakyat di himpit oleh kesempitan hidup yang semakin mencengkam, segelintir penguasa di kalangan pemimpin yang di lantik oleh tangan-tangan kita bersikap cakap tak serupa bikin. Melihatkan gaya hidup yang serba mewah, kehidupan yang di bayar dengan keringat wang rakyat dengan sengaja mengajak rakyat mengamalkan gaya hidup yang sederhana, berjimat cermat dan yang gelinya di minta mengubah gaya hidup. Rakyat yang kehidupannya kais pagi makan entah dapat entah tidak, di minta untuk mengubah gaya hidup?? Apa lagi yang perlu di ubah, sedangkan yang di kais tersebut entah ada atau tidak rezekinya pada waktu itu. Melihatkan kepada pekerja-pekerja kilang dengan pendapatan yang mencecah seribu ringgit tapi perlu untuk menghabiskan kehidupannya di dalam kilang untuk mendapat pendapatan yang lebih, apa lagi yang hendak di ubah? Sesungguhnya kenaikan minyak sekali lagi akan merubah kesemua gaya hidup rakyat kebanyakan tapi bukannya pemimpin yang tamak dan egois.

Meneliti akan fakta-fakta yang di ketengahkan oleh pemimpin kesayangan ahli–ahli UMNO, Be End iaitu Dato' Seri Mohammed Nazri Aziz dalam sidang Dewan Rakyat penggal ke-11 yang lalu mengenai kos ubah suai rumah mereka menterjemahkan segalanya tentang hati busuk pemimpin UMNO Be End yang ada ini. Dengan bangganya menyebut kos pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya yang dilaksanakan tahun tersebut berjumlah RM15.81 juta.

Beliau berkata kerja pengubahsuaian itu meliputi kerja membaik pulih dan menaik taraf sistem penyaman udara, pendawaian elektrik, lanskap serta pengubahsuaian dalaman termasuk ruang dapur dan bayaran juruperunding.

"Kerja pengubahsuaian telah pun siap sepenuhnya dan Perdana Menteri telah pun berpindah ke kediaman rasmi beliau," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Mohamed Nazri berkata kos penyelenggaraan bulanan yang melibatkan keseluruhan kompleks kediaman Perdana Menteri termasuk blok rumah persendirian beliau hanya berjumlah RM2.9 juta setahun iaitu dengan purata RM242,991.50 sebulan.

Beliau berkata kos asal pembinaan kediaman rasmi Perdana Menteri dengan merujuk khusus kepada blok rumah persendirian di mana Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM24.17 juta.

Mohamed Nazri berkata kos asal kontrak pembinaan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dengan merujuk kepada blok rumah persendirian di mana Timbalan Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM13.51 juta.

Beliau berkata kos penyelenggaraan tahunan kompleks kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri berjumlah RM1.46 juta setahun iaitu dengan purata RM122,267 sebulan.

Hakikatnya, rakyat di bawah sana terus menderita, dan ada juga yang kini sudah mula berkira-kira untuk mengurangkan belanja dapur, belanja susu dan pampers anak selain menutup ruang untuk berjalan-jalan atau melancong dalam negara sekalipun.

Mungkin inilah yang terpaksa rakyat hadapi, dalam keadaan pemimpin di atas sana masih meneruskan amalan bermewah ke sana ke mari dengan tanpa membayar kos minyak kerana kos minyak mereka ditanggung rakyat. Lihatlah sendiri betapa sikap kepura-puraan yang ditonjolkan oleh kepimpinan Islam Hadhari ini. Walaupun pengumuman PM Islam Hadhari menyatakan potongan 10% elaun keraian para hulubalangnya serta dikehendaki bercuti di Negara Asia sahaja tapi jika di teliti sehalusnya apakah kerja yang dilakukan oleh hulubalang berserta Imam Besar Hadhari tersebut untuk meringankan tanggungan penderitaan rakyat sehingga masih lagi di beri peruntukan bercuti? Mereka masih memiliki peluang untuk bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Sedangkan rakyat terpaksa berkorban berhempas pulas mencari pendapatan lebih serta melupakan erti cuti semata-mata kerana kos sara hidup yang semakin meningkat? Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

~matahijauku~

June 27, 2008

Assalamu'alaikum... tazkirah hari ini

Kiriman: ~ melukut.com ~

Mesrakah Masjid Dengan Kanak-kanak?

Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID

RAMADAN adalah bulan rahmat sehinggakan remaja dan anak-anak kecil yang tidak selesa dipasak kakinya bersolat jemaah turut mesra dengan rumah Allah. Mereka rela menghabiskan masa perdana di masjid dan surau, walau tidak dinafikan adakalanya mereka turut menyulam solat dengan tawa dan gurau. Hakikatnya, itulah alam kanak- kanak.

Baru-baru ini, ketika memenuhi jemputan sebuah syarikat multinasional menyampaikan tazkirah Ramadan, saya diajukan dengan soalan yang cukup biasa kedengaran. Namun, minda saya tersentak dengan bunga dan buah yang diberi. Bayangkan, suatu insiden di sebuah masjid, seorang anak kecil dalam lingkungan usia tujuh tahun setia berdiri di sisi ayahnya.
Saat takbir mahu diangkat bagi memisahkan dunia dan akhirat (takbiratulihram), ketika itulah seorang lelaki berperawakan alim menegur. Si ayah dengan sopan menyatakan, dia mahukan anak itu berdiri di sisinya, kerana dengan cara itu hatinya lebih tenteram.

Bayangkanlah, jika si anak solat berjauhan beberapa saf di belakang, hatinya gusar tentang keselamatan anaknya. Rasa bimbang yang boleh membunuh khusyuknya dalam sembahyang.
Dalam suasana yang sepatutnya tenang menuju solat itulah, tiba-tiba lelaki yang berperawakan hebat itu menyerang. Dengan tegas dia menyatakan, saf kanak-kanak adalah di belakang. Dengan tegas juga dia menarik tangan si kecil ke belakang, sedang si ayah terkebil-kebil menyaksikan adegan itu.

Menurut pemuda yang bertanya kepada saya, dia amat terkejut dengan insiden berkenaan. Masjid yang sepatutnya menyaksikan ukhuwah bertautan, hampir terlerai dengan sebuah pertikaian.

Saya akur, majoriti masjid dan surau di negara ini kebanyakannya meletakkan tiga kategori saf. Saf paling hadapan adalah untuk golongan lelaki dewasa, saf pertengahan dikhaskan kepada anak-anak kecil (dalam jarak usia 5 tahun hingga 10 tahun) dan saf paling belakang adalah untuk wanita. Ada juga sesetengah masjid dan surau yang meletakkan saf wanita di sudut sebelah kiri atau di bahagian atas masjid mereka.

Saya pelik dengan ketetapan ini. Ada sesetengah masjid besar ’kian mengarut’ dalam tindakannya. Mereka meletakkan papan tanda ‘Kanak-kanak di bawah usia enam atau lima tahun dilarang memasuki dewan masjid’. Nampaknya, bukan wanita yang uzur kerana didatangi haid dan nifas sahaja ditegah mengunjungi rumah Allah, bahkan kaum ibu yang suci bersih daripada hadas besar juga dilarang sama. Bagi saya inilah konotasi arahan itu. Bagaimana seorang ibu muda yang mempunyai anak-anak kecil mampu mengunjungi masjid dan surau, jika anak-anak mereka dilarang memasukinya.

Saya menyusuri hadis-hadis nabi. Saya cuba mencari atau hakikatnya tercari-cari, apakah sandaran mereka yakni para jawatankuasa masjid melakukan sedemikian. Malangnya, pencarian saya hampir gagal menemui jawapan. Tiada satu nas yang sahih dan jelas, melarang anak-anak kecil untuk solat bersama kaum lelaki di dalam satu saf yang sama. Tidak ada istilah putus saf atau hilang pahala jemaah kerana mereka berdiri di sebelah kita. Yang ada, saya terjumpa dengan beberapa hadis yang menyatakan sebaliknya. Iaitu, Nabi Muhammad s.a.w meraikan anak-anak kecil di rumah Allah. Mereka adalah tetamu cilik yang sepatutnya diraikan, agar jiwa membugar dengan kesucian masjid, akhlak mereka membunga dengan keindahan masjid.

Dari Anas r.a telah berkata: “Aku pernah bersolat di rumah kami bersama seorang kanak-kanak yatim di belakang Nabi s.a.w dan ibuku Ummu Sulaim di belakang kami.” (Riwayat Bukhari).
Di samping itu, saya tertarik untuk menyatakan bahawa, apakah logiknya kita mengatakan saf terputus atau hilang pahala jamaah kerana kita diselangi oleh seorang kanak-kanak yang belum berkhatan. Mereka berhujah kononnya, di bawah kulup si anak kecil itu ada najis yang boleh membatalkan atau paling tidak merosakkan pahala saf dan jemaah mereka.
Apakah kita boleh mengatakan lelaki dewasa yang sudah tidak berkulup itu juga suci, jika pada badannya ada nanah yang dipekap atau dibebat dengan kain kemudian dia bersolat di sebelah kita.

Sebenarnya, kebanyakan umat Islam hari ini banyak meletakkan ‘taklid’ sebagai neraca di dalam panduan dalam beribadat. Sedari kecil, apabila belajar bab fikah, kita diajar terus kepada aspek hukum. Bagi saya, budaya taklid ini amat berbahaya. Ia ibarat tumor yang membiak dan akan menguasai akal fikir umat Islam yang waras.

* Penulis merupakan seorang pegawai perhubungan awam di salah sebuah institusi zakat di Malaysia.

~ Tahu diri hamba belum memadai; hati merasa hamba itulah yang dicari ~