Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

January 18, 2013

Pentas Pemuda bersama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat bersama Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat. Ayuh jangan ketinggalan mengikutinya.

December 24, 2012


Satu lagi program ceramah anjuran Pas Kawasan Kota Tinggi. Teruskan perjuangan, ayuh bersama kami.

November 30, 2012






Program yang bakal menyusul selepas ini. Apa lagi di tunggu? Cepat hubungi nama-nama dan nombor telefon yang tertera di atas untuk tempahan tempat duduk. Yang terbaik buat anda semua warga Kota Tinggi dan sekitarnya.

November 12, 2012

Program Terkini : Jom Ngeteh




Pas Kawasan Kota Tinggi akan menganjurkan program santai Jom Ngeteh seperti mana tertera di atas. Sehubungan itu, kami menjemput anda bersama-sama dalam program tersebut.

Pada sebelah malamnya, akan di adakan ceramah yang akan di adakan di Felda Pasak.

October 29, 2012

MCA Bantu Dedahkan Umno Yang Sebenar

Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar. Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun. Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, dan ada menteri penjaganya, disamping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, di peringkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing dan ada Exco Agama daripada UMNO juga TETAPI segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi di tempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan di negeri yang dipimpin oleh UMNO. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya. 
 

Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa ?.
Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam. Manakala hukum hudud pula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA. Parti UMNO lah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam di dalam tubuh parti UMNO serta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.

PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku, kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana “Islam” hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi. Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu. Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya. Tetapi ahli UMNOi tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.

UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, dalam gabungan parti-parti komponen Barisan Nasional. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadi cabang yang berteduh di bawah semangat Barisan Nasional. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apa sahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.

HUDUD
Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayah dalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir. Perkataan “Hudud” bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah di naskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh dinamakan “Hudud PAS” seperti juga tidak boleh dinamakan “sembahyang PAS”. Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu. Allah berfirman :
الأحزاب .
Maksudnya : “Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (al-Ahzab – 36)

Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas. Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya. Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.

Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut. Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa ke mahkamah. Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat. Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan. Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan. Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk di bawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud. Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.

Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO di pecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai. 

PAS DAN DAP PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara. Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat di dalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud. Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam.

PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang. Maka proses pelaksanaan undang – undang termasuk Hudud di bawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya. Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam. PAS tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi. DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas.

Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah. Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya.
PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil. 

Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam. Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional. Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasa melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS. 

Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.



Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

Para Pemimpin Dan Ahli PAS Diminta Hadapi Serangan UMNO-MCA-Perkasa Dengan Berhemah & Ingat Operasi Lalang

PAS perlu respon isu-isu dan serangan bertubi-tubi UMNO-MCA-Perkasa yang datang sekaligus. 

Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.

Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif. 

Tujuan mereka menyerang adalah untuk mengharapkan kita memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang.

Tapi mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk menjaga etika sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi.

Tidak perlu untuk mengulangi di sini apa yang diserang Umno-MCA-Perkasa termasuk kesanggupan mereka membiarkan agama Islam dipersendakan, 

Kenyataan pimpinan MCA menggambarkan kejahilan mereka terhadap Islam khususnya hukum hudud dan kegagalan Umno memahamkan mereka tentang Islam.

MCA perlu diajar menghormati budaya dan agama lain serta memahami sensitiviti umat Islam.

Islam mengajar kita agar menjawab hujah dengan hujah bukan emosi amarah yang tidak terbendung. Firman Allah, “Dan apabila kamu berbicara dengan orang yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka.

Seluruh pimpinan dan ahli PAS ditarbiah untuk  beristiqamah dalam perjuangan. Respon dengan berhemah dan tertib. Kita menjawab isu dengan hujah. 

Dengan ini, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat.

PAS  mengingatkan semua tentang operasi Lalang yang dicetuskan oleh MCA dan Umno. Namun yang ditahan ialah pimpinan PAS dan DAP.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

October 07, 2012

Program Makan Malam




Kami mengalu-alukan kehadiran anda. Sila hubungi nama dan nombor telefon yang tertera bagi menempah kupon. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Program Ceramah Terhampir




Mohon dapat di panjang-panjangkan kepada sahabat handai, kenalan dan saudara saudari terdekat.

September 20, 2012

HIMPUNAN SEJUTA UMAT - ISU FILEM ’INNOCENCE OF MUSLIM’

                                                    
Saudara/ Saudari,

HIMPUNAN SEJUTA UMAT - ISU FILEM ’INNOCENCE OF MUSLIM’
                     
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Johor pada 16 September 2012 bersamaan 29 Syawal 1433 telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Sejuta Umat, sebagai penzahiran bantahan kita terhadap penerbitan sebuah filem yang bertajuk ’Innocence of Muslim’.

3.         Tujuan utama perhimpunan tersebut adalah untuk menyatakan secara aman bantahan kita serta umat manusia seluruhnya terhadap filem yang kandungannya menghina Nabi Muhammad SAW.

4.         Sehubungan dengan itu, seluruh pemimpin dan ahli PAS di semua peringkat serta para pendokong perjuangan Islam sekalian, diseru hadir ke himpunan tersebut yang akan diadakan seperti berikut :

            Tarikh              :  21 September 2012 (Jumaat)
            Masa              :  Selepas Solat Jumaat
            Tempat          :  Masjid Jamek Taman Perling
                                    : Johor Bahru

5.         Keprihatinan dan kerjasama baik saudara/saudari dalam menjayakan himpunan di atas sangat dihormati dan diucapkan Jazakallahu Khairan Khatira.

Sekian, Wassalam.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN

Bagaimana Artis Melakar Masa Hadapan?





Saya ingin membuat respon daripada kenyataan Presiden Seniman, Saudara Zed yang ghairah mengutuk beberapa artis yang berada dalam PR. Begitu juga keluhan yang disuarakan oleh Pengarah Filem, Hafsham Othman semasa dalam Dialog Industri Kandungan Kreatif 2012 yang menyebut bahawa golongan artis perlu bersatu bagi menghadapi buli oleh gergasi industri hiburan tanahair. Kedua-dua kenyataan itu sebenarnya manifestasi golongan karyawan dalam menghadapi dunia di luar layar dan pentas. Mungkin artis dan para karyawan berjaya di atas pentas dan layar tetapi gagal bila berpijak di bumi nyata.

Yang paling ironinya, para artis dan karyawan salah menyalah antara pihak-pihak yang berbeza fikrah. Kita tidak boleh menghentikan perbezaan kerana itulah warna dalam kehidupan. Yang paling utama bagaimana untuk mengurus perbezaan dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan berkarya. Saranan untuk para artis bersatu adalah slogan politik. Politik adalah satu cabang seni yang cukup berbeza dengan seni lakonan ataupun drama. Oleh itu, berhati-hatilah para artis dan karyawan jika berbicara soal politik. Ini kerana politik negara kita masih dalam proses menuju kematangan (baca; tidak matang).  

Siapakah yang dimaksudkan oleh Hafsham sebagai gergasi industri hiburan tanahair yang sering membuli para karyawan dan artis?  Ia mungkin stesyen media perdana dan juga syarikat rakaman, penerbit dan pemasaran karya kreatif itu sendiri.  Para karyawan dan artis sebenarnya adalah sama seperti penonton dan masyarakat umum. Produk kreatif yang ditawarkan dalam pasaran dinikmati oleh masyarakat. Dan golongan karyawan dan artis itu sendiri hidup dalam masyarakat. 

Bagaimana bentuk produk kreatif yang tersedia ada di pasaran pada hari ini? Adakah ia merupakan satu hiburan yang memberi santapan mata, nafsu atau akal?  Secara umumnya, industri hiburan kita meriah tetapi rohnya telah ‘mati’ dan kehilangan fungsi sebenarnya. Hiburan kini menjadi alat propaganda dan doktrin politik kapitalis dan pemikiran  yang sempit. Pemikiran masyarakat dipaksa menelan dogma-dogma palsu bikinan penguasa dan pemain gergasi industri. Ayu Utami dalam novelnya ‘Bilangan Fu’ menyebut,orang pintar sangat terseksa bila menonton televisyen. Setiap segmen, adalah adegan yang memperbodohkan penonton. Hari ini, penguna industri hiburan mengalami penderaan pemikiran yang sangat teruk. Lebih-lebih menjelang pilihanraya yang bakal meletup.

Samada para karyawan ataupun artis dan juga masyarakat pengguna, mereka sebenarnya terperangkap dalam kerangka kapitalis yang berwajahkan populariti, glamour, perundangan dan dasar-dasar kerajaan. Bahkan ada yang lebih menyakitkan ialah kapitalis berwajah agama. Filem-filem atau produk kreatif berbentuk agama yang dipersembahkan dalam bentuk ‘dakwah murahan’ juga termasuk dalam mata rantaian kapitalis yang lebih kreatif mencipta keuntungan. 

Ada ruang-ruang tertentu, para karyawan dan artis perlu memikul rasa tangungjawab yang lebih besar. Mereka bukan sekadar pemain tambahan yang boleh digunakan sewenang-wenangnya. Kerana itu, para karyawan dan artis mesti memiliki prinsip hidup dalam diri mereka sendiri. Dari proses pemilihan skrip atau lirik, kaedah lakonan dan persembahan, pemasaran dan sebagainya perlu diambil berat oleh mereka. Jangan kerana memiliki bakat atau kecantikan yang kononnya dikurniakan oleh Allah s.w.t., maka produk kreatif para karyawan dan artis menyalahi syariat, sarat dengan maksiat dan menyerang kepercayaannya sendiri.

Apabila mendapat tempat pada mana-mana majlis anugerah, ucapan syukur dan Alhamdulillah tidak pernah lekang daripada bibir. Wal hal, kemenangan itu sebenarnya satu kemalangan ngeri dalam hidupnya. Kita selalu mendengar, para pelakon yang tertentu berkata, mereka hanya berlakon mengikut skrip yang ada. Penyanyi hanya menyanyikan lirik yang sedia ada. Lukisan atau ukiran yang dicipta hanya untuk memenuhi permintaan pasaran. Menang terlalu mudah sesetengah para karyawan dan artis melakukan helah bela diri untuk mengesahkan kreativitinya di tengah masyarakat.

Apabila ‘saham’ para karyawan dan artis merundum, mereka akan ditinggalkan sebatang kara. Miskin, merempat dalam industri dan juga kehidupan yang sebenar. Tragedi yang berlaku pada seniman agung P. Ramlee seharusnya menjadi iktibar bagaimana hal yang sama tidak berulang. Kehilangan P. Ramlee begitu dirasai selepas ketiadaannya. Sebaliknya semasa beliau hidup berkarya, ramai para kapitalis yang menghisap darah atas kreativiti seniman agung itu. Tanpa menafikan ada beberapa kelemahan sendiri yang wujud dalam diri seniman agung mengurus kerjayanya sebagai seniman.

Masyarakat pada keadaan tertentu juga harus dipersalahkan kerana terus meraikan kesongsangan dalam hidup. Maksiat dipuja, usaha kebaikan tidak diberikan galakan. Tanpa disedari membentuk pemikiran hedonism murahan dalam masyarakat.  Untuk menyatukan persatuan-persatuan seniman ataupun para pendokong karyawan samalah sukarnya menyatukan parti politik yang berbeza kepentingan. Masing-masing ada kekuatan dan cuba melindungi kelemahan yang ada. Itu normal. Tetapi yang lebih utama, bagaimana persatuan seniman dan karyawan membawa prinsip kreativiti yang memberikan kebajikan yang menyeluruh pada kehidupan para pengiatnya. Mendapat manfaat di dunia, selamat di akhirat.

Cubalah elakkan daripada mengulangi retorik ahli politik atau para pendakwah simplistik seperti dengan kata-kata; ‘Balik ke pangkal jalan’, ‘Islam jalan penyelesaian’. Retorik-retorik ini memerlukan langkah-langkah yang lebih realistik. Proses penterjemahan Islam sebagai agama yang memberi kerahmatan seluruh alam seharusnya dicernakan dalam pelbagai bentuk.  Inilah cabaran yang perlu dipikul oleh semua pihak.

Minggu lepas, Dinsman menghantar sms bertanya bagaimana jika lakonan yang melibatkan lelaki dan perempuan remaja diadakan di dalam ruang masjid? Drama itu bernafaskan skrip yang Islamik. Jawapan yang diberikan oleh Dr. Mujahid Yusu melegakan kami. Dalam berkarya kita perlu menjaga adab-adab, termasuk adab dalam masjid. Lakonan boleh dilakukan di ruang lain seperti serambi, bilik khas ataupun perkarangan masjid. Itu lebih baik untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar jika dilakukan dalam ruang solat.

Setidak-tidaknya Dinsman dan rakan-rakannya berjaya memecah sedikit tembok stigma masyarakat tentang peranan masjid. Berpuluh-puluh kali para penceramah menegaskan peranan masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat. Tapi bagaimana? Masjid terus menjadi tempat ritual umat Islam mendapat ‘ketenangan’. Sedang dalam masa yang sama, masyarakat di luar masjid sedang menderita sakit yang cukup kronik. Pendekatan-pendekatan ini perlu dilakar bersama antara para pendakwah, pemimpin masyarakat (termasuk JK Masjid), para karyawan dan seluruh masyarakat. Untuk masa hadapan yang lebih bermakna.

Dr. Muhaimin Sulam
Timb. Pengerusi Lujnah Seni dan Budaya PAS Pusat merangkap AJK PAS Pusat.