Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

May 16, 2011

Corat Coret













May 14, 2011

GST, Kerajaan BN Tidak Mampu Urus Rakyat


Parti Islam Se-Malaysia tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.

PAS bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.


Alasan Datuk Seri Najib yang mengatakan cukai pendapatan akan dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST. Ini alasan Pak Pandir untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang melampau.

Apakah Datuk Seri Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat, terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.

Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.

PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.

May 12, 2011

Gula Naik 20 Sen, BN Gagal

Parti Islam Se-Malaysia PAS berpendapat tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram sebagai lambang kegagalan BN. Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen).

Alasan daripada kerajaan ia akan menjimatkan wang negara ialah RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen. Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara. Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol.



PAS hairan kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan kepada Permata yang dipengerusikan oleh Datin Rosmah sebanyak RM111 juta untuk tahun 2011. Apa lebih Permata, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta. Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja.

Alasan yang dangkal untuk menipu rakyat ialah harga gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Kenaikan harga gula sebagai langkah untuk hidup sihat supaya rakyat kurang mengambil gula.

May 10, 2011

PAS Alat DAP, Tun Mahathir Semakin Merapu


Parti Islam Se-Malaysia menganggap Tun Dr Mahathir semakin merapu, kerana mendakwa PAS alat DAP, ketika beliau merasmikan Mesyuarat Agung Umno Cheras. Tun Mahathir mendakwa kewujudan PAS menyebabkan orang Melayu berpecah. PAS hendak tanya balik kepada Tun Dr Mahathir kenapa Umno diwujudkan pada tahun 1946, sedangkan sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) 1945 yang mewakili orang Melayu. Menunjukkan Umno juga parti yang ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu atas restu penjajah, buktinya kenapa Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Darurat 1948 sehingga semua parti yang tidak sealiran diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

PAS alat DAP adalah modal lapok Umno ketika orang Melayu menolak Umno dan cuba untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi kuda tunggangan MCA, Gerakan dan MIC. Siapa yang bagi kerusi majoriti Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan.? Apa bukti PAS alat DAP?. PAS boleh buktikan pengkhianatan Umno kepada Melayu atas nama Melayu terutama di zaman beliau memerintah negara selama 22 tahun. Tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang tinggal di tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. 300 ekar tanah rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu dijual kepada Vicent Tan.

Nampaknya Tun Dr Mahathir masih cuba untuk membodohkan rakyat kononnya ulama' yang berada di dalam Umno menubuh PAS, kerana tidak mendapat tempat kerana tidak pandai berbahasa Arab. Faktanya ialah ulama' keluar untuk menubuhkan PAS kerana teguran ulamak mengenai judi tidak diperdulikan, maka ulamak merasakan perlu ada jamaah yang bebas daripada Umno supaya Islam terpelihara. Dulu Tun menipu rakyat mengatakan PAS ditubuhkan restu penjajah, hakikatnya Umno ditubuhkan atas restu penjajah. PAS ingin mengingatkan kepada Tun Mahathir tidak boleh tipu orang dalam setiap masa, insyaAllah PAS akan membetulkan fakta yang ditipu oleh Tun supaya rakyat tahu siapa pengkhianat Melayu dan Islam.

PAS merasa geli hati apabila Tun memuji perjuangan PAS zaman Dr Burhanudin Helmi dan Datuk Asri, kerana perjuangan mereka betul. Bukankah beliau orang yang bertanggungjawab sehingga PAS ditendang daripada BN, ketika krisis politik di Kelantan. Beliaulah orang yang diamanahkan oleh Umno untuk menyelesaikan kemelut tersebut, akhirnya PAS ditendang kerana menentang undang-undang darurat di Parlimen. Bukankah waktu itu PAS dipimpin oleh Datuk Asri Muda? Kenapa sekarang baru memuji Datuk Asri?

May 09, 2011

Ceramah Terkini

DAP Ganti PAS, Hishamudin Pembohong




Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang pembohong kerana mendakwa DAP ganti PAS. Beliau berbohong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Pasir Putih Kelantan. Beliau rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa Umno wajib diganti dengan PAS, maka jalan keluarnya ia memfitnah bahawa DAP ganti PAS supaya orang Islam menjauhkan diri dengan PAS. Realiti yang berlaku ialah MCA, MIC, Gerakan ganti Umno. Contohnya Umno memberi kerusi parlimen Gerik Perak kepada Gerakan ketika pilihanraya 2008, walaupun pengundi Melayu hampir 65 peratus.

Bagaimana seorang Naib Presiden Umno yang berucap dengan penuh amarah dan dengki tentang kemaraan Pas. Sekolah mana beliau belajar sampai tidak tahu beza PAS dengan DAP. Bagaimana DAP hendak mengganti PAS, sedangkan DAP hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, samaada DAP melawan MCA, Gerakan dan MIC.

Realiti yang berlaku ialah PAS lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS yang menang. Sekolah mana beliau belajar, Umno kalah dengan PAS, maka yang menang ialah DAP? PAS harapkan beliau jangan nyanyuk sebelum sampai usia nyanyuk. Kalau nyanyuk hilang kelayakan hendak bertanding Timbalan Presiden Umno pula.

Selepas isu umPORno gagal dimainkan oleh umPORno maka timbul pula isu DAP ganti PAS? Selepas dilihat tidak berkesan kepada rakyat maka timbul pula isu agama Kristian akan dijadikan agenda. Semua ini memperlihatkan betapa bodohnya umPORno dan terdesaknya untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ketidakupayaan umPORno.

Selayaknya pemimpin umPORno ini aktif dalam penglibatan video seks sahaja.

May 07, 2011

Nasihat Pemimpin Umno Dulu, Sebelum Minta Penyatuan PAS Umno


Parti Islam Se-Malaysia terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat. PAS hendak menasihatkan Sahibussamahah jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara ini.

Perlu diingatkan sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam. Sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.

PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik.

Pas tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun. Ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak.

PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik. Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi.

May 06, 2011

Program Terkini

May 03, 2011

Keluar Pakatan, Najib Seperti Ketam Mengajar Anak Berjalan Betul


Parti Islam SeMalaysia PAS menganggap cadangan Datuk Seri Najib supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan. Datuk Najib perlu selesai masalah dalaman BN dahulu. Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponan BN mengenai Isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA. Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1 Melayu 1 Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami.

Alasan beliau PAS perlu jauh dengan DAP kerana PAS bekerja, yang menang ialah DAP. PAS perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam. PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam. Dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno. Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh bisnes kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS di letakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Terbaru mereka menukar Cikgu Maaruf Mutalib suami cikgu Normala bekas calon Tenang. Siapa punya angkara? Sekarang bila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu sudah meninggal mereka, baru teringat kepada PAS.

PAS hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib bahawa PAS membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat. Kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga. Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali. Malahan merekalah yang meliarkan orang bukan Islam dengan Islam. Sikap hipokrit mereka dengan berjumpa pengundi bukan Islam supaya menjauhkan dengan PAS kerana mereka hendak melaksanakan agenda Islam, bila berjumpa pengundi Islam mereka mendakwa PAS sudah tidak bercakap Islam kerana takut kepada DAP.

May 01, 2011