Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

August 09, 2010

Kenali Musuh Kita


BIODATA IBLIS
------------------

PENGENALAN DIRI

Nama : Iblis La’natullah
Tarikh Lahir : Sejak ia enggan sujud kepada Adam setelah diperintah
Status diri : Fasiq kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati yang lalai
Tuju arah Perjalanan : Bengkang-bengkok (tidak ada haluan)
Tempat tinggal tetap : Neraka Jahanam (tempat paling celaka)
Isteri Di Dunia : Wanita yang tidak menutup aurat
Kaum Kerabat : Semua golongan tirani (Taghut)

STATUS PERNIAGAAN

Modal Pusingan : Angan-angan kosong
Tempat Pertemuaan : Pasar
Musuh/saingan : Setiap orang Islam
Dalil/Hujah : Fatamorgana (maya)
Moto Kerja : Segala warna, seperti sesumpah, segala tempat yg ada warna
Kesukaan : Orang yang lalai mengingati Allah
Yang melemahkan : Melemahkannya Istightar
Lambang Koporat : Sebarang tatu
Pejabat : Tandas dan bilik air
Sifat-Sifatnya : Muzabah, mengikut angin. Menurut keperluan
Rakan Kongsinya : Golongan Munafiq
Sumber Rezeki : Harta Haram
Bilik Operasi : Tempat-tempat najis dan maksiat
Jenis Perkhidmatan : Menyuruh orang supaya mungkar dan mengalakkan kemungkaran
Arahan : Selalu mengarah manusia melakukan perkara2 yang tidak baik
Jawatan : General Manager golongan Al-Maghdhubi Alaihim dan Al-Dhavan
Tempoh Perkhidmatan : Sampai Hari kiamat
Hala Perjalanan : Jalan ke neraka
Laba Perniagaan : Habaan Manthura (masuk angin keluar asap)
Teman Sejawatan : Orang yg berdiam diri, tidak menyatakan kebenaran
Rangka Kongsi Laba : Syaitan-syaitan daripada kalangan jin dan manusia
Jenis Tunggangan : Dosa dan segala jenisnya
Kaedah Berkomunikasi : Mengumpat, mengadu domba dan mengintip
Makanan Yg Disukai : Daging org mati (Ghibah)
Yang Ditakuti : Mukmin yang bertaqwa
Yang Dibenci : Orang yg selalu mengingati Allah ( Lelaki /Perempuan)
Daya Tahan : “ Sesungguhnya tipu daya syaitan sangatlah lemah “
Perangkap : Wanita
Kegemaran : Menggoda dan menyesatkan
Cita-citanya : Supaya semua orang jadi kafir
Ajalnya : Pada waktu tertentu menjelang kiamat.

Selamat Menyambut kedatangan Ramadhan


PAS Kawasan Kota Tinggi bersama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat mengucapkan selamat menjalani ibadah disepanjang bulan yang penuh barakah ini. Gunakanlah kesempatan yang diberikan untuk mengerjakan semaksima mungkin usaha kearah memperkasakan ibadah kita.

Pelajar Tertarik Pada PAS kerana Umno Hanya Mampu Berikan Duit, Bukannya Kebenaran

Dakwaan Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membelanjakan puluhan juta bagi melahirkan pemimpin dan penyokong di Mesir adalah satu dakwaan yang terdesak oleh kumpulan yang kecewa kerana tidak mendapat sokongan rakyat.


PAS mengucapkan terima kasih kepada Shabery kerana telah menunjukan kemampuan PAS kepada rakyat yang berjaya menarik sokongan rakyat dalam dan luar negara. Memang melucukan bila beliau sebut puluhan juta kerana rakyat sedia maklum bahawa PAS bukanlah parti yang mengunakan duit untuk membayar pelajar-pelajar itu sokong PAS. PAS tidak pernah menyalurkan sebarang dana bagi para pelajar di Mesir atau dimana-mana negara luar seperti Umno. PAS bukan parti 'politik wang' macam Umno, PAS adalah parti islam yang berteraskan kebenaran Islam. Hakikatnya pelajar dalam dan luar negara tertarik pada PAS kerana Umno hanya mampu berikan duit bukannya kebenaran dan nilai kemanusiaan.


PAS tidak perlu gunakan duit kerana para pelajar luar negara diyakini sebagai golongan cerdik dan mampu membuat pilihan. Diluar negara tiada akta AUKU, jadi mereka tidak terikat untuk menyokong Umno sahaja. Golongan yang cerdik diluar negara dapat menerima cara pemikiran dan dasar-dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Mereka tertarik dengan sikap pemimpin PAS dan tidak mustahil mengambil pemimpin PAS sebagai idola mereka.


Pelajar-pelajar Malaysia ke Mesir dan negara Timur Tengah lainnya begitu hampir dengan lokasi sirah perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat, maka tidak menjadi kehairanan jika mereka mudah memahami perjuangan PAS yang berteraskan Islam berbanding dengan Umno yang meminggirkan Islam. Walaupun Kelab Umno mengadakan pelbagai program termasuk membawa Presiden parti mereka ke sana, namun mereka yang cerdik ini tidak terpedaya kerana mereka boleh mengetahui maklumat semasa dinegara ini melalui internet. Kelab Umno telah menaburkan banyak fitnah tentang PAS, namun mereka gagal memperbodohkan golongan yang cerdik ini, sebab itulah Shabery amat kecewa dan mengeluarkan kenyataan tersebut.


Umno kena terima hakikat, kini PAS menjadi pilihan terbaik rakyat kerana kita menjadi pilihan ramai barisan kepimpinan pelapis yang keluar dari universiti tempatan dan luar negara selepas mereka tamat pengajian.


PAS kesal kerana Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Luar Negeri dan beberapa Yayasan negeri mendiskriminasikan para pelajar diluar negara. Mana-mana yang disyaki menyokong PAS atau ibu bapa mereka pemimpin PAS akan disenarai hitamkan dari menerima bantuan. Inilah antara punca mengapa mereka lebih benci kepada Umno dan melihat kepada PAS. Sewajarnya pihak kementerian dan yayasan mengambil inisiatif bagi membantu semua pelajar Malaysia diluar negara tanpa mengira latar belakang kerana organisasi mereka adalah milik rakyat bukan Umno.


PAS juga kesal kerana berdasarkan dakwaan Shabery, Umno telah menubuhkan Kelab-kelab Umno diluar negara yang mana para pelajar adalah ahli-ahlinya. Mujurlah diluar negara tiadanya akta AUKU dan para pelajar boleh terlibat dengan politik dan menyatakan sokongan mereka kepada mana-mana parti.


Ini berbeza di Malaysia, walaupun Umno mengetuai kerajaan dan Kementerian pengajian Tinggi tapi mereka tidak mampu mewujudkan kelab-kelab Umno dalam kampus lantaran kesilapan mereka mewujudkan akta AUKU. Mereka sendiri mengongkong kematangan pelajar. Apakah bezanya pelajar dalam dan luar negara, usia mereka sebaya, mereka sama-sama menuntut di institusi pengajian tinggi, mengapa yang diluar negara boleh berpolitik dan dalam negara diharamkan. Malaysia kini menuju ke arah negara maju, maka akta seperti AUKU ini adalah tidak releven dan oudated.


PAS berjanji akan memansuhkan akta AUKU ini sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan untuk memerintah negara ini dalam Pilihanraya Umum ke-13. PAS tiada halangan jika Umno mahu adakan Kelab Umno di dalam dan luar negara, begitu juga kepada parti-parti lain termasuk PAS kerana mengikut peraturan pendaftaran pertubuhan setiap parti berhak mengajak mana-mana warganegara ini untuk menjadi Ahli dan menubuhkan cawangan. Dan mengikut perlembagaan dan peraturan Pilihanraya, setiap warganegara berhak memilih parti mana yang mereka suka.


PAS menyeru kepada semua penyokong dan kepimpinan PAS dalam dan luar negara untuk mempergiatkan aktiviti menambahkan keahlian, sokongan dan membina kepimpinan pelapis bagi mengantikan kepimpinan Umno yang ternyata gagal menyediakan kepimpinan berkualiti untuk masa depan negara ini. Pimpinan-pimpinan PAS yang ada bersedia untuk turun ke mana sahaja bagi membina lebih ramai pewaris negara yang berkualiti untuk menyanggah kezaliman Umno dari puncak kuasa.


Ust Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat


Chua Soi Lek Kena Balajar Islam Dengan PAS

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merasa simpati dengan kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selaku Presiden MCA yang menyalahkan Islam kerana negara tidak maju. Kenyataan yang keluar daripada seorang yang kurang memahami Islam dengan lebih mendalam.

PAS menyeru kepada beliau belajarlah Islam daripada ahlinya dan rujukan asalnya. Dr Chua sudilah belajar Islam daripada ulama' PAS yang terdiri daripada ulama' yang beramal. Jangan belajar Islam daripada bukan ahlinya atau daripada musuh Islam. PAS juga menasihatkan kepada beliau supaya jangan melihat orang Islam yang memimpin negara ini, sebaliknya kena mengkaji Islam daripada sumber asal.

PAS tidak nafikan, Dr Chua tidak faham Islam kerana ia bersahabat dengan pemimpin Umno yang gagal menampilkan ciri Islam yang sebenarnya. Tentu beliau keliru dengan Islam yang dihayati oleh pemimpin Umno. Berlaku kecelaruan dalam fikiran beliau, mana satukah Islam yang sebenar. Kenapa pemimpin yang mendakwa diri mereka Islam tetapi terlibat dengan rasuah dan berbagai skandal yang memalukan orang Islam. Kenapa pemimpin yang mengaku diri sebagai seorang Islam isterinya tidak menutup aurat. Inilah yang disebut oleh hukamak "Islam terlindung oleh orang Islam sendiri"

PAS yakin bukan Dr Chua sahaja yang keliru tentang Islam, kerana orang Islam gagal menampilkan Islam secara praktikal. Alhamdulillah PAS telah berjaya memecahkan tembok fobia terhadap Islam dalam Pakatan Rakyat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Batal Saman Ekor, Jangan Zalimi Rakyat

Parti Islam Se-Malaysia PAS tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang mengatakan bahawa pihak polis akan mengurangkan bayaran saman bagi setengah kesalahan jalanraya supaya meringan bebanan kesalahan jalanraya. Apa yang dituntut oleh PAS dan rakyat yang menjadi mangsa, saman ekor mesti dihapuskan kerana ia menyalahi prosedur undang-undang.

PAS mempersoalkan kenapa begitu mudah kerajaan menyiksa rakyat dengan menyaman mereka yang belum tentu bersalah. Kaedah manakah yang mereka ambil untuk denda rakyat tanpa dibawa ke pengadilan.

Kenapa pihak polis dan JPJ menunggu begitu lama untuk disenarai hitam mereka yang bersalah sejak tahun 2000. Apakah ini bukan satu kezaliman terhadap rakyat di negara ini. Sekarang sudah ada 1.07 juta orang yang menjadi mangsa. Apa yang paling malang sekali, semua kereta akan disenarai hitam selagi atas nama tertuduh. Semua kenderaan tidak dapat cukai jalan. Tindakan ini merugikan negara kerana cukai jalan dan insuran tidak boleh diperbaharui.

PAS berpandangan tindakan ini menampakkan kerajaan begitu kemaruk duit rakyat. Ini bertentangan dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan realiti yang berlaku saman diutamakan, rakyat dibebankan.

PAS bimbang rakyat yang menjadi mangsa saman ekor yang dilonggokkan sejak sekian lama akan tertekan untuk membayar saman. Jalan mudah untuk membayar saman ialah dengan meminjam daripada along. Kalau ini berlaku maka akan bertambah masalah sosial di negara ini.

PAS mendesak supaya saman ekor dibatalkan, dan mencadangkan supaya dihadapkan mereka ke pengadilan bukan memakai undang-undang rimba. Cukuplah rakyat terlalu menderita dengan kenaikan harga barang dan kos hidup melambung dan dibebani pula dengan saman ekor.
Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

August 03, 2010

Ceramah Pakatan Rakyat-Isu Terkini FELDA

Sekreteriat Pakatan Rakyat Kota Tinggi akan menganjurkan ceramah penerangan isu-isu terkini yang melanda FELDA seperti ketetapan di bawah. Jemput hadir beramai-ramai.


Daftar Pengundi : BN tidak Konsisten, SPR Tersepit


Parti Islam Se-Malaysia (Pas) kesal dengan sikap tidak konsisten pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan isu pendaftaran pemilih. Semalam Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melaksanakan pendaftaran pengundi dan pemilih secara automatik dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara dimana, setiap warganegara berumur 21 tahun ke atas secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.


Pakatan rakyat sudah lama mencadangkan perkara ini dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini sudah membawa cadangan itu tetapi ditolak melalui jawapan Parlimen oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa negara ini mengamalkan 'freedom of association, freedom of expression and freedom to make decision' dan rakyat tidak boleh dipaksa untuk mendaftar dan keluar mengundi.


Jawapan berkenaan jelas memberikan masalah kepada SPR yang masih gagal mendaftarkan pengundi-pengundi yang telah layak kerana kekurangan kakitangan dan sumber. Akibat penolakan itu, SPR mewujudkan cadangan baru iaitu menaikan bayaran untuk penolong pendaftar yang berjaya mendaftarkan setiap pemilih baru daripada RM1 kepada RM3. Tetapi cadangan ini pula ditolak oleh Dr. Puad atas alasan membazirkan wang rakyat dan kembali semula mengutarakan cadangan yang pernah disebut oleh Pakatan dan SPR iaitu membuat pendaftaran secara automatik.


Jelaslah, bahawa Kerajaan BN sendiri tidak konsisten dan tidak mempunyai persefahaman yang jelas terhadap keputusan yang mereka ambil. SPR menjadi seperti bola yang bukan sahaja ditendang ke sana ke mari, cadangan mereka diperlecehkan dan BN jelas takut untuk membuat penyelesaian terhadap isu pendaftaran pemilih ini kerana jumlah pengundi baru yang ramai adalah satu ancaman kepada mereka.


PAS tegas mahu pendaftaran pemilih secara automatik dibuat dan kita bersedia membantu SPR untuk meningkatkan jumlah pengundi baru. PAS berharap agar SPR bersikap lebih terbuka dan menerima dengan positif bantuan yang ditawarkan oleh PAS. Kita menawarkan perkhidmatan secara PERCUMA kepada SPR bagi mendaftarkan pemilih-pemilih baru dengan syarat pendaftar pemilih dari parti ini dan parti-parti Pakatan lainnya tidak didiskriminasi oleh SPR. Layanan yang adil hendaklah diberikan dan jawapan segera diberikan bagi setiap senarai pendaftaran yang telah diserahkan sebelum ini.


PAS berjanji, bahawa pendaftaran pemilih secara automatik akan dilaksanakan jika Pakatan menjadi kerajaan selepas Pilihanraya kali ke-13 nanti sekaligus dapat menjimatkan wang rakyat dan memudahkan kerja-kerja SPR.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

August 02, 2010

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA

(2 Ogos 2010 , 21 Syaaban 1430)

No rujukan : PAS/DPP.12/2. 07(01/10)

TAJUK

KEKESALAN ATAS TINDAKAN POLIS KERANA MENGHALANG CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI SUNGAI TONGKANG RENGIT PADA 31 JULAI 2010

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ingin melahirkan kekesalan atas tindakan pihak POLIS yang telah menghalang ceramah pakatan rakyat yang sepatutnya diadakan di Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat Sabtu 31 Julai lalu.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor menyeru agar pihak POLIS berpegang teguh dengan prinsip keadilan dan Perlembagaan Malaysia yang membenarkan diadakan perhimpunan di premis persendirian. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ingin mempertegaskan bahawa premis yang di serbu oleh pihak POLIS Sabtu lalu adalah premis persendirian milik Parti Islam Semalaysia dan pihak POLIS tidak sewajarnya bertindak melampaui peruntukan undang-undang semata-mata untuk menggagalkan ceramah yang di rancang oleh pakatan rakyat.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mengharapkan agar pihak POLIS memberi ruang yang adil kepada semua parti politik untuk menyampaikan aspirasi masing-masing memandangkan parti UMNO dan Barisan Nasional mendapat ruang yang seluas-luasnya di media cetak dan elektronik arus perdana, maka sewajarnya ruang yang sangat terhad di pentas-pentas ceramah ini tidak di halang bagi memberikan gambaran baik masyarakat dunia akan keadilan demokrasi di Malaysia. Tindakan drakonian POLIS dalam menghalang ceramah Sabtu lalu pasti memberikan imej yang kurang baik di mata dunia akan keadilan sistem demokrasi di Malaysia.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor sekali lagi menyeru agar Pihak POLIS benar-benar mengamalkan profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Sekian

Mohd Faizul Bin Mohd Salleh

Setiausaha

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

013-6263800

Istimewanya McD Kota Tinggi


Kedudukan yang begitu strategik di tengah-tengah bandar dan dikelilingi pusat membeli belah serta pusat hentian pengangkutan awam yang bakal terlaksana maka tidak dapat dinafikan ianya sebuah restoran makanan segera yang digemari ramai.

Kewujudannya memang dinanti-nantikan oleh penduduk Kota Tinggi ini yang begitu kelaparan menantikan hidangan ala Barat ini. Maklumlah, taraf kehidupan orang Kota sudah semakin baik. Tetapi itu bukan persoalannya.

Yang menjadi persoalan dan tanda tanya adalah premis perniagaan itu sendiri. Jika diamati sebaiknya, hanya premis perniagaan restoran makanan segera inilah sahaja yang beroperasi dalam keadaan premis yang lain tidak mampu untuk berbuat demikian. Bukan kerana apa? Yang menghairankan, bagaimana ianya boleh beroperasi dalam keadaan meter TNB dan SAJ pon masih belum ada? Darimana diambilnya bekalan kuasa dan bekalan air? Bagaimana pula dengan CF? Adakah sudah ada CF untuk menduduki bangunan tersebut? Kalau ada masakan tiada lagi meter TNB dan SAJ? Bagaimana pula dengan keselamatan BOMBA?

Apakah akan terjadi sekiranya berlaku kebakaran di premis tersebut? Bagaimana dengan nyawa manusia? Apakah akan diinsurankan dalam keadaan faktor-faktor tersebut tidak terdapat di situ?

Begitu banyak persoalan yang timbul jika diamati sebaik-baiknya. Namun kerana selera, pengguna tidak mengambil berat akan hal ini. Sementara lagi, pihak yang berkenaan perlu tegas dalam soal ini.

~matahijauku~

Polis Diminta Jaga Keselamatan Negara Bukan Keselamatan Umno



Parti Islam Se-Malaysia PAS membantah sikap primitif dan tidak bertamadun polis yang bertindak kasar terhadap ceramah dan himpunan aman yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negara ini. Antaranya tangkapan dan gangguan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rengit Batu Pahat pada 31hb Julai 2010. Polis bertindak mengosongkan pentas, merampas pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah. Sekurang-kurang-kurangnya 9 ditangkap terdiri dari 7 lelaki dan 2 wanita. Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan "backdrop" penganjur yang digantung di pentas utama.



Di Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, Pasir Salak, seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis pada 1 Ogos 2010.

Manakala 1hb Ogos 2010, himpunan ketika saat menyalakan lilin simbolik sebagai anti ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), seramai 29 orang ditangkap terdiri dari 21 lelaki dan 8 perempuan.

PAS sungguh kecewa terhadap tindakan yang dilakukan oleh polis, ketika kadar jenayah meningkat, buang anak menjadi-jadi. Manakala pihak polis sanggup memerah otak untuk menyekat rakyat mendapat maklumat yang sebenar. Adalah tidak adil ketika media elektronik kerajaan BN memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menjelaskan cerita yang sebenar.

PAS mengharapkan polis perlu menjaga keselamatan negara, bukan keselamatan Umno. Bertindaklah secara professional, beri keutamaan kepada apa yang patut dilakukan untuk kepentingan rakyat dan negara bukan untuk kepentingan Umno BN.

PAS yakin tindakan ini sebagai satu usaha, kerana Umno sudah berada penghujung hayat, kerana apa yang dikhabarkan oleh Umno, rakyat tidak percaya. Maka satu jalan sahaja yang ada kepada mereka ialah menggunakan kuasa dengan mengarahkan pihak polis menganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

PAS yakin tindakan yang dibuat oleh polis bukan rakyat semakin takut, malahan semakin benci dengan Umno/BN dan yang paling kita bimbang moral dan emej polis akan tercalar di mata rakyat. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, kesemuanya mereka yang bertindak secara tidak profesional akan dihadapkan ke pengadilan.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat