Program pada malam tersebut yang menampilkan penceramah yang terdiri daripada Ketua Penerangan sayap Pas Negeri Johor iaitu daripada Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Johor, Puan Fatimah Binti Ismail dan juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Johor, Ust Azam Bin Abd Razak. Turut menampilkan ucapan YDP, Tuan Hj Kamaldin Bin Hj Tahir serta ucapan Ketua Dewan Muslimat Pas Kota Tinggi, Puan Rosnani Jusoh.
Sementara itu, buat pertama kalinya menjemput Ketua Muslimat Pas Kota Tinggi bagi memberikan ucapannya pada malam tersebut. Bersesuaian dengan jemputan penceramah daripada Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Johor maka amatlah tepat pada masanya Ketua Muslimat Pas Kota Tinggi ini tampil di atas pentas ceramah Pas.
Ternyata beliau begitu petah mengulas isu-isu gejala sosial yang cukup membarah di dalam masyarakat kita ini. Sesuai dengan sifat keibuaan, beliau menyentuh isu pembuangan bayi yang di lihat begitu zalim mengalahkan zaman jahiliah malah tidak keterlaluan di katakan ini merupakan zaman jahiliah moden yang lebih dasyat. Membuang anak tanpa mengira jantina. Puan Rosnani juga mengajak masyarakat agar menjadi mata dan telinga kepada jaringan tanggungjawab sosial dengan membuka mata dan hati melihat apa yang berlaku di persekitaran.
Beliau turut menyentuh akan masalah kebejatan sosial yang makin membarah dalam masrakat kita. Mengikut perangkaan dari tahun 2007 hingga 2010, statistik sejumlah 17 ribu anak luar nikah dilahirkan mambayangkan begitu parahnya penyakit ini. Namun begitu apa yang dilihat kerajaan Umno, BN begitu tidak mengambil peduli akan statistik ini malah mengambil tindakan membuka pusat pengumpulan anak-anak luar nikah sebagai jalan penyelesaian.
Tegas beliau, dalam dunia haiwan tidak terdapat dunia manusia tetapi dalam dunia manusia banyak terdapat sifat dunia haiwan malah lebih teruk daripada haiwan. Begitulah manusia yang dikurniakan akal jika tidak dipandu dengan undang-undang ciptaan PenciptaNya akan jauh lebih hina daripada haiwan.
Maka, moralnya hendaklah kita kembali kepada fitrah kejadian manusia. Ambil Islam sebagai The Way Of Life secara total. Lihat akan inisiatif pemerintah dalam menangani masalah ini yang menggunakan logik akal sedangkan Allah sebagai pencipta dan sebaik-baik pencipta telah menyediakan manual untuk kegunaan manusia. Tetapi atas dasar keegoaan manusia yang mendakwa lebih bijak dan di dorong dengan fahaman sekular maka inilah kesannya seperti yang dapat di lihat sekarang.
Begitu banyak perungkaian yang tidak di jawab oleh Umno, BN dalam menghalalkan lesen judi ini namun Pas akan terus membantah pemberian lesen tersebut. Pas akan bergerak memberikan penerangan serupa ini dalam memberikan kesedaran kepada rakyat akan kaitan pengundi dan pemerintah. Perlu di fahami, apa juga tindakan yang dilakukan oleh pemerintah mempunyai kaitan secara langsung akan dosa pahala kepada pengundi. Hakikat ini perlu difahami oleh rakyat yang berhasrat memilih pemimpin yang akan melaksanakan perkara-perkara mungkar apabila berkuasa kelak.
Oleh sebab itu, rakyat perlu diberikan maklumat yang sebenarnya agar dapat menimbang baik buruknya sebelum memilih pemimpin yang akan menetukan hala tuju negara. Semuga rakyat bijak memilih uamarak dalam PRU yang akan datang.