September 20, 2012

HIMPUNAN SEJUTA UMAT - ISU FILEM ’INNOCENCE OF MUSLIM’

                                                    
Saudara/ Saudari,

HIMPUNAN SEJUTA UMAT - ISU FILEM ’INNOCENCE OF MUSLIM’
                     
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Johor pada 16 September 2012 bersamaan 29 Syawal 1433 telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Sejuta Umat, sebagai penzahiran bantahan kita terhadap penerbitan sebuah filem yang bertajuk ’Innocence of Muslim’.

3.         Tujuan utama perhimpunan tersebut adalah untuk menyatakan secara aman bantahan kita serta umat manusia seluruhnya terhadap filem yang kandungannya menghina Nabi Muhammad SAW.

4.         Sehubungan dengan itu, seluruh pemimpin dan ahli PAS di semua peringkat serta para pendokong perjuangan Islam sekalian, diseru hadir ke himpunan tersebut yang akan diadakan seperti berikut :

            Tarikh              :  21 September 2012 (Jumaat)
            Masa              :  Selepas Solat Jumaat
            Tempat          :  Masjid Jamek Taman Perling
                                    : Johor Bahru

5.         Keprihatinan dan kerjasama baik saudara/saudari dalam menjayakan himpunan di atas sangat dihormati dan diucapkan Jazakallahu Khairan Khatira.

Sekian, Wassalam.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN